June 25, 2014

SOUL SISTER | One year older :)

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Lima tahun bertungkus lumus belajar nak jadi cikgu, lima tahun tu jugak roommate tercinta menjadi peneman setia. Permulaan perkenalan yang penuh misteri dan tanda tanya. I'm one of the second intake student. Sebelum ni berada UiTM Puncak Alam, dan mungkin jodoh kami untuk bertemu, I'm back to Terengganu, belajar di negeri sendiri. Dekat sinilah saya jumpa dia.



Kehidupan waktu orientasi, sangat seksa. Tapi quite okay compared to first intake student hari tu kata mereka mereka. Fuhh. Makan 2 minit. Jalan 2 minit. Mahu tercekik, semput segala. Buat kesilapan je kena maki, kena pikul bantal keliling kampus, kepit bata ke hulu ke hilir. Oh, mimpi ngeri. Tapi tak pernah kena sebab kononnya baik. Heh.

Masa tu, jam 5 pagi dah kena keluar bilik. Malam pulak balik bilik jam 1 pagi. Bila lah masanya nak jumpa roommate. Balik bilik je dia dah tertidur. One thing about her masa tu, tidur mesti tarik selimut sampai dada, lepas tu ambil tuala muka tutup mata sampai hidung. Can you imagine, selama seminggu, **lima hari kot, haa, ai tak tau siapa rumate ai tu. Nak cam muka macam mana kalau bertutup semua. Nampak kawasan mulut je. Tapi yang jadi penyelemat masa tu, dia ada tahi lalat manis sebelah kanan bibir mulus. Haa, thats the only thing and the only way yang ai boleh pakai untuk cari dan cam dia bila terjumpa.

Kami sekelas. Dalam waktu orientasi tu, kami ditempatkan dikelas mengikut kursus masing masing. And ai dapat tau, roommate pun dari kursus yang sama dan kami sekelas. Masa tu, jumlah semua dalam 20 orang. Kebetulan pulak, perempuan yang bertahi lalat manis ada 3 orang dalam kelas kami. oh emm gee. Macam mana nak cam ni. Aigoo. I don't remember the scene. Tapi yang pasti, pertemuan tu sangat lucu. Main teka teki. Tikam terus dapat. So, Hai, awak! 

My first impression sebelum betul-betul kenal insan ni, semuanya nampak skema fullstop! Ok, sorry rumate. Hehe. Itulah pandangan jujur buat pertama kalinya. Everything was so neat and tidy, nude in color.. hohoho. Too contrast with my pinky stuff and bla bla bla. Dapat roommate skema adalah nightmare. O_o. Tapi masa tu je lah. For now, she's still schema, but only for certain thing. Bukan skema, tapi komitmen tinggi terhadap sesuatu yang ditugaskan. Bagus, bagus. Dia dah berubah. Because of me? Mungkin jugak ada terpengaruh dengan perangai gila gila ai ni haa. I'm so sorry kat Mama Sofiah dan Ayah Ismail sebab buat anak pakcik makcik macam ni. Ada lima bulan lagi nak usik dan pengaruhi dia. Lepas ni tak de dah. Janji, tak buat dah. :D

Dia lebih muda, tapi nampak lebih matang. Dan memang matang pun. Compared to me yang nampak matang, tapi sangatlah tidak. Sesiapa yang mengenali sangatlah setuju about this matter. Uolls tau kan siapa roommate kesayangan beta ni kan? Nah KLIK SINI kalau nak berkenalan.




Ai sayang you ketat ketat. I love you so much, till Jannah, inshaAllah.
Happy Belated Birthday, 23rd and a month.

Ucapan ;

#Moga sama sama grad dengan cemerlang
#Sentiasa diberikan kesihatan yang baik
#Cepat berjodoh, kahwin, dapat anak cecomels
#Sihat, kaya, berjaya, solehah
#Ai know you can do better. Better than me.

Pssst : Hadiah nanti ai kasi you. Wait ya.


Banyak sangat nak cerita. Bayangkan semua cerita 5 tahun ni nak compress dalam satu entri. **Oh, over sangat tuh. Ok ok, stop. Sambung tidur jap. Demam tak baik lagi.

Till then, xoxo!




June 24, 2014

Setimpal

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Setiap kali menulis pasti ada sesuatu yang hendak diucapkan syukur. Sungguh, syukur Alhamdulillah sekali lagi atas nikmat dunia yang Allah berikan. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 7 baru je keluar pagi tadi.

Keputusan kali ini adalah sangat mendebarkan. Banyak betul dugaan semester lalu. Banyak tambahan kerja lain selain timbunan nota-nota kuliah yang perlu dihafal. Urusan kerja kahwin. Urusan bisnes. Macam-macamlah. Nota dibuka ala kadar je. Lebih banyak berserah berbanding berusaha. Namun, Allah tetap tidak menghukumku atas kemalasan itu. Alhamdulillah, terima kasih Allah.





Not too good and not too bad. Setimpallah dengan usaha lepas. Sebenarnya usaha belum cukup lagi, tapi Allah bagi lebih. 

Untuk mereka,

# Tahniah roommate, Hana Farhana.
Thanks teman kita study. Tak teman pun, sebab saya banyak tidur. :P And I'm so sorry sebab selalu mempengaruhi kamu untuk tidak study. Maaf jugak sebab ajak kamu layan Korea minggu study hari tu.

# Tahniah coursemates
Tahniah uolls!! Tak sabar nak grad sama sama nanti. Tengok semua orang pegang scroll, pakai jubah besaq :D tangkap gambar banyak banyak.

# Tahniah juga Suami
Allah knows best! Jom kita sama sama study untuk semester kali ni. May Allah ease our way. And thanks for supporting me till today.

Tidak lupa, terima kasih atas doa keluarga, mak & papa, adik beradik. **Ucapan mengalahkan orang menang award je. Tak kisahlah. Moga Allah lindungi dan berikan kesihatan yang baik pada kalian. Doakan Ah untuk tahun akhir ni ya.

Kelas jam 11. Ada masa untuk rehat. Demam dah masuk hari kedua. Sakit ni kifarah dosa. Dah lama tak jatuh sakit. Ni sebabnya dah skip pengambilan Vita C Shaklee selama sebulan sebelum ni dan tak ganti dengan mana mana sumber vitamin C lain. Air kosong pun kurang. Alasannya, sibuk ulang alik rumah mak, mak mentua dan rumah saudara mara lepas majlis hari tu. 

Demam rindu mungkin? Tak juga. 

Sambung tidur kejap.

xoxo !


June 22, 2014

Eight

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk kembali di sini. Masa untuk honeymoon dah tamat. Back to reality. Tak lupa pada status seorang pelajar dan masih seorang pelajar. Bangun pagi, rutin macam biasa di asrama, berebut bilik air (takdelah berebut sangat pun, junior baik baik je selalu bagi senior siap dulu :p) then bersiap untuk ke perhimpunan wajib setiap hari Ahad. Yes, Ahad, this is Terengganu, so we need to work, and ready for kuliah as well. 

Sem akhir sudah. Pejam celik, pejam celik, 10 semester dah berlalu dengan jayanya. ( I guess so.) and now, another one sem left. Go, go, go! Satu semester je lagi. Kurang 5 bulan dan yeay, boleh grad dah lepas tuh. InshaAllah. Nak merasa jugak pakai jubah, pegang scroll, tangkap gambar dengan family semua kan. Nak jugak buat entri Hari Jubah. Hee. Semua yang sebaya dah lama snap snap gambar pegang scroll degree, master and ada yang dah nak siap Phd pun. oh emm gee. Tak pape. Sokay lah. Rezeki masing masing. I'm happy for them too. Suka tengok kawan kawan berjaya. Apapun, tak sabar nak habiskan semua 11 sem niii.

Eh, tapi kenapa 11 semester? Ini IPG, Institut Pendidikan Guru. 3 semester untuk persediaan. Dan macam biasa 8 semester atau 4 tahun untuk ijazah. Jadi, sama je. Lebihnya pada persediaan. Tapi sekarang ni, untuk persediaan dah disingkatkan kepada 2 semester je. So, beruntunglah adik adik junior. Jimatlah enam bulan yang agak seksa waktu persediaan. Exam susah kot waktu dedulu. hee.


Antara memori terindah. 
Zaman muda mudi dulu :D
rindu #DelagasiJPP2012/2013



Semester akhir. Apa perasaan?

Berbaur. Gembira. Sedih pun ada. Tak dapat jumpa teman sebilik, teman sekelas, teman sekursus, teman satu batch, teman satu ipg, pensyarah, and everyone, everything in here. Terima kasih untuk memori yang tiada galang gantinya. Moga semester kali ni kita dapat kumpul memori lagi. Lebih banyak, mungkin. So, sedialah fon fon korang yep. Bila rindu nanti pakat pakat Whatsapp okay ! :D. 

Azam pulak,

# Siapkan AR dengan jayanya.
# Lebih semangat waktu kuliah. **tak tido & day dreaming melampau sampai Paris.
# Study lebih sikit untuk exam. ** i mean, lebih banyak daripada sebelum ni.
# Lalui & tamatkan internship dengan semangat, semangat, semangat. **Bulan puasa ni cabaran makin kuat. Budak budak pun perangai makin pelik.
# Hargai semua orang. Termasuk pensyarah, makcik kafe pun.
# Lebih peramah, lebih kenal orang. **Takdelah bila orang tegur, kita pulak boleh cakap, 'eh sape tu?' betapa tak ambil berat hal orang sekeliling. Senior pemalu lah konon. But, seriously tak kenal, tak cam. sobs.

Last but not least, tak lupa,

# Jaga amanah & hadiah dari Allah, suami. **Moga diriku tak mengabaikan beliau meskipun syok dengan nota nota kuliah.

Eh, sebelum tu, dah ambil Vita C hari ni? Semester dah nak sampai penghujung, umur pun meningkat, jadi jom telan 1 biji sehari. Anti penuaan kata roommate. Anti cancer jugak. Kecantikan kena jaga, suami sayang, Allah suka, tambah pahala. Mudah kan? ** :p Makin gatai na sekarang ni. ahaks.


Salam asar, selamat meniti hari hari terakhir Syaaban
Till then, wassalam.