April 29, 2014

Sedia atau tidak?

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Komitmen bertambah, maka belog pun terabai.

Kurang aktif dalam dunia blog kebelakangan ini. Apatah lagi untuk blogwalking. Paling sempat pun scroll gambar-gambar di akaun Instagram. Lebih banyak melihat dari meneliti. :)

Alhamdulillah, tiba masa sebulan yang terakhir sebelum tarikh itu. Dengan izin Allah, semuanya berjalan lancar setakat ini. Checklist yang dibina juga hampir sempurna. Moga-moga urusan yang seterusnya juga sama. Debaran belum sampai ke kemuncak, namun perlahan-lahan mulai terasa getaran di jiwa. Ya Allah, moga ketenangan itu kekal.

Ini bukan masanya untuk mempertikai siapa pilihan kamu? kenapa memilih si dia? dan sebagainya. Fasa itu sudah berlalu. Apa yang telah dirancang pada awalnya harus diteruskan. Sama-sama perbaiki kelemahan diri, sama-sama seimbangkan keperluan antara satu sama lain,  top up kelemahan antara satu sama lain, memperbetulkan apa yang silap, menambahbaik apa yang sedia ada dan paling utama, saling melengkapi antara satu sama lain. Insha Allah. Mudah-mudahan diperkenankan oleh-Nya.



Saat bertemu dengan kaunselor sebentar tadi, soalan beliau, "Apakah persiapan kamu?". Ya Allah, mulut terkunci, fikiran mula bercelaru, gelisah. Apakah persiapan diriku? Sudah mencukupi apa yang sedia ada? Sama ada dari segi ilmu agama, ilmu rumahtangga, juga kewangan. Apakah benar-benar sedia? Terasa sarat, berat soalan tersebut.

Ditanyakan lagi, "apakah harapan kamu terhadap perkahwinan ini?". Harapanku? Banyak. Tetapi tidak mampu diungkapkan. Adakah aku sedar akan perkara besar ini. Kurang sebulan untuk aku, dia dan keluarga punya masa untuk persiapan. Moga dalam masa itu juga kami diberikan kekuatan untuk tabah dan bersabar dalam menempuhi apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang. Kita merancang, namun Allah yang menentukan.

Ada juga yang sentiasa melontarkan soalan-soalan lazim (FAQ) dan pendapat-pendapat mereka tersendiri. Mereka bertanya kerana mereka cakna, kan? Apapun, kita ambil dan lihat perkara ini secara positif.

"Kenapa nak kahwin awal?"
"Sudah cukup bersedia ke untuk berkahwin dalam belajar?"
"Mana datang duit belanja kahwin?"
"Bestlah kahwin tapi mak bapak sponsor"
"Kahwin freeee.."
"Kenapa tak tunggu bila dah bekerja?"
"Kahwin sebab nak mudah urusan posting kan? Sekarang ni, tak jamin dah posting kat mana-mana bila dah kahwin. Sama sahaja dengan status bujang."
"Macam mana nanti kalau dah kahwin tapi terpaksa duduk jauh-jauh?"

It's ok. Berada dalam kasut sendiri menjadikan aku lebih tahu situasi diri dan keluarga. What other people think of you is none of your bussiness, right? Susah nak puaskan hati semua orang. Mereka punya hak bersuara dan menyatakan pendapat. Let it be. Mana yang baik, kita terima. Mana yang kurang, kita perbaiki dan jadikan panduan. Kadang-kadang kita jarang nampak kesalahan dan kesilapan diri sehinggalah ada yang menegur. Tidak salah untu menegur dan ditegur, cuma perlu pandai memanipulasikan input dan lihat pada sudut pandangan yang positif.

Senyum, senyum dan senyum. That's the only way to release stress. Allah uji sebab kita mampu tempuhi. Insha Allah. Terselit seribu hikmah disebalik segala perkara yang telah ditakdirkan.

Wassalam.