July 9, 2013

Ramadhan datang lagi :)

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Alhamdulillah, alhamdulillah, kupanjatkan syukur pada-Mu Illahi kerana mempertemukan lagi aku dengan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah.

Ramadhan kali ini pasti lebih menduga diriku. Bermulanya Ramadhan, bermula juga tugasan guru pelatih selama dua bulan di SK Seri Nilam, Kuala Terengganu. InshaaAllah, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya. 

Perempuan, lumrah dengan emosi yang kurang atau tidak pernah stabil, masalah mengawal tekanan diri. Andai talak terletak ditangan beliau, maka setiap saatlah berlakunya perceraian.

Sangat berharap agar Ramadhan ini mengajar jiwa perempuanku untuk lebih sabar dan tenang menghadapi ujian-Nya. Ujian itu mematangkan manusia. Daku pohon agar diberikan kekuatan menghadapinya satu persatu dengan minda yang waras.

Rindunya Ramadhan.
Kini dia dah tiba.
Ayuh solat terawih hari pertama.

Diawalnya rahmat, 
Pertengahannya keampunan,
Diakhirnya pembebasan api neraka.


Salam Ramadhan Kareem
^____^

Selamat berpuasa.
Jangan lupa niat.
Niat setahun terus lagi bagus :)

July 6, 2013

Fuuh, fuhh.

Assalamualaikum w.b.t. ♥

FFuhh fuhh, tiup tiup. Tepuk habuk. Uhuk uhuk. Hachuumm. Bersawang. Bagi yang resdung macam I, cepat cepat ambil kain tutup hidung.

Lama sungguh tak singgah di blog ni. Hampir 5 bulan. :D Sangat sibuk dengan kerja yang entah apa-apa. Lupa kewujudan blog terchenta ni. Tercinta lah sangat sampai boleh terlupa nak update. Hampir lima bulan, jadi memang macam-macam benda nak diceritakan. Oh, tak sabar tak sabar. Tengok atas kerajinan diri ini. Follower pun dah lupa nak singgah barangkali.

Bakal berpraktikum minggu depan. Sudah pasti tak ada masa langsung nak kemaskini belog usang ini.  Yes of course. Masuk je waktu prktikal, terus tak ada life. Jadual pack amat amat sangat *Ok over.  

Just active in stalking people in Fb, simple status in Twitter and double-clicking pictures in Instagram hehe. Itulah kerja paling mudah compared to post status dekat Fb. Kena fikir banyak kali. Bajet bagai nak tulis jurnal ilmiah je.

Ok, got to go. Will update more soon. :)
xoxo publish! *feeling Dian Instanbul Aku Datang




February 14, 2013

CNY !

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Long time no see. Sebulan lebih tidak menjenguk ke sini. Sangat sibuk dengan tugasan harian. *over. orang lain pun sibuk jugak. Cuma, komitmen itu semakin bertambah. I will try to jot something over here more often. Busy doing this and that. huh.

And I am soo sorry sebab belum sempat post semua hadiah. Now, they are ready to be posted to the winner. Sorry for taking so long. And thank you so much sebab sanggup menunggu dengan penuh sabar. Thanks a lot dearies.

Sebelum tu nak ambil kesempatan untuk ucap, Selamat Tahun Baru Cina ! kepada semua yang menyambutnya. 

I pun mix Chinese & Siamese. But, just a bit. Cerita nenek moyang dulu-dulu. Dapat hidung yang tak berapa nak mancung ni je dan kulit tak berapa dan cerah.





















Ok, till then, take care everyone.
Salam.

January 12, 2013

Kenyir !

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Just came back from Kenyir !

Keluarga besar JPP 12/13

Kursus Refleksi JPP selama 3 hari 2 malam 
di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Tasik Kenyir :)
9 hingga 11 Januari 2013.

Dan sampai sekarang masih terasa bagaikan berada dalam bot. Terapung-apung dipukul arus. :D Weee. Mabuk tasik oke. Mana tak pening, lepas je naik bot laju tu, terus bergegas naik bas dan betolak sebab dah lewat sangat dah. Kot tak sempat pulak muslimin nak solat Jumaat.

Sangat best dan enjoy, walaupun pada mulanya sangat berat hati nak sertai. Subhanallah, pemandangannya sangat cantek. Fasilitinya pula lengkap, hampir 5 bintang !. Tip top lah. Sangat suka. Rumah tu ada semua kelengkapan utama. Siap astro taw. Paling menarik, pemandangan dari anjung rumah. Sangat-sangat menenangkan. Tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Keadaan sekeliling juga cantik, kemas dan terjaga. Tapi kat situ kena masak sendiri. 

Best jugak sebab dapat main masak-masak sama-sama. Peserta wanita sahaja yang ambil turn untuk masak. Masing-masing dapat belajar gaya masak tersendiri dan rasa pun beza-beza. Dalam masa yang sama dapat eratkan ukhwah sama-sama kami.Tak lupa juga, dapat mandi-manda di Air Terjun Lasir. Tak adalah mandi-mandi sangat. Air sangat deras. Main celup-celup kaki je. Tangkap-tangkap gambar. Memang wajiblah bergambar. Bukan selalu dapat sampai sini.

From Kenyir, with Love.

Melewati hari-hari terakhir kami bekerja dalam satu pasukan, jadi perlulah manfaatkan dengan sesuatu yang lebih bermakna. 

Esok, majlis pembubaran bakal berlangsung. Maka, tamatlah tugas sebagai wakil pelajar. Lepas tu  majlis akan umum penamaan calon bagi sesi 2013/2014. Undilah pemimpin anda dengan betul. Anda rasa anda lebih layak? Sertai dan jadi sebahagian daripada organisasi tersebut.

#Mohon tidak berlaku sebarang kontroversi yang tidak diingini. Itu memang pasti, tapi harap dapat dikurangkan.

Oklah, take care.
Night !


January 5, 2013

and the Winner is...

Assalamualaikum w.b.t.

Sabar-sabar. Rileks dulu. Mesti semua dah fed up sangat dah. Apasal lah lambat sangat. Bukan apa, sebab bukan pilih secara Random.org. Read one by one.


Ok, ok. Peserta semua sangat best dan entri sangat menarik dan menyentuh hati. And you know what, my best friend aka my rumate pun join contest yang sama.Terharuuu. sobs. Oh, of course I nak pilih yang ituuu. she's my bestie. Dan story kami sangat sweet. Opps, tak baik lah macam tu. Tak adil. Macam mana nak tahu orang lain sweet ke tak. Memang tak tahu lah kan.

Ok, this is it. Do check it out.



For sure semua orang akan rasa unfair. Untuk dia, saya dah sediakan sesuatu. Meskipun dia menyertai contest atau tidak, tetap nak berikan sesuatu like she always do to me. :D 

Jadi, bagi mengelakkan rasa berat sebelah tu, i will choose the real winner.


And the winner is...






tadaaaa.

http://aminahazam.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html


Amie and her bestfriend, Camelia. :)


Tahniahh Amie !

Kepada pemenang grand prize dan top 20 (semak entri sebelum ini), jangan lupa emailkan nama dan alamat pada saya. Ini dia email, engkufarahah@gmail.com. 

Thank you so much to all.