June 20, 2012

Mujahadah itu pahit


10 Jun 2012.


Assalamualaikum.w.b.t.


Pejam, celik, pejam celik, cuti semester hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Dua minggu yang berlalu sudah dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti. Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik hingga ke hari ni.

Still thinking of the last few weeks final exam...Terkenangkan usaha-usaha yang dilakukan menjelang peperiksaan akhir. Sangat sedikit.  Whatever result yang come out nanti, saya akan terima. I deserve it. Usaha tak seberapa, tapi nak result gempak. Mana boleh kan? Fikir kena logik. Aduhai, tak guna sesal ye Cik Engku. Doa jangan putus. Semua ditangan-Nya. Thanks again to my beloved roommate yang tak putus-putus memberi kata-kata semangat dan dalam masa yang sama ‘memaksa’ saya untuk ke katil study..[ katil is my fav place to study.. uhuhu. kalau kat meja, tak sampai setengah jam dah lentok. hehe]. 


Saya sungguh alah dengan buku. Lebih-lebih lagi bila semua tentang teori, fakta, sejarah yang perlukan hafalan. And now, I am grateful because I’m doing my degree in Education with Mathematics as my major. Tapi kan, subjek Matematik pun kena membaca dan menghafal juga lah. Siapa cakap kena main kira-kira je. Huhu.


Bila rasa hilang semangat, terus call mak. Kata mak, “Biasalah tu. Alam belajar. Dah nama pun belajar, mestilah susah, kalau senang, tak dipanggil belajar namanya. Susah tu sebab kita belum pandai. Senang tu sebabnya dah pandai.”. Sememangnya kata-kata ibu sentiasa betul. She inspires me alot. Mak dah makan garam dulu sebelum kita, jadi memang patut kita dengar apa yang dikatakan.


Tentang alergi buku. Alahan ni telah di’discover’ oleh my BFTJ, Hana aka my rumate. Mana taknya, buka muka surat yang bertulisan je, tak sampai 5 minit dah collapse. Aduhai, apa nak jadi ni. Kalau tak pun, saya akan berjalan-jalan sambil menziarah bilik-bilik rakan sebelah, tak pun main game. Waktu tidur pulak, terlebih awal dari biasa. Lepas isyak tu dah sangat mengantuk dah. Apa nak jadi? Tak pernah ada istilah ‘stay up’ or ‘burning the midnight oil’...[cewah, mak aih, omputih gitu, hehe.] Tidak sekali-kali bertahan ya. Begitulah bila sampai musim exam, antara sindrom-sindrom yang tidak dapat diatasi. Anyone, ada tips untuk atasi masalah ni tak? Nak try praktik untuk semester depan pulak. Uhuhu.


“Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah, manakala orang yang gagal hanya berubah apabila terpaksa.”



I’m not the one yang gagal. So, I need to push myself from now on. Fuh, semangat! Tak sampai dua minit dah buat muka balik. No, no, no. Tekadkan hati, teguhkan iman dan paling penting istiqamah. Memang diakui, musuh yang paling ketat adalah diri sendiri, iaitu untuk melawa hawa nafsu dan syaitan. Sesungguhnya hawa nafsu itu sentiasa menginginkan kelalaian, keseronokan dan kejahatan. Daku harus KUAT dan TERUS KUAT dalam bermujahadah not even in life but also in studies.





Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah. – Ustaz Pahrol Mohd Juoi