April 23, 2012

dah lepas ! yeay !

upps, alhamdulillah :D

Salam dulu, Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Alhamdulillah sebab baru sahaja lepas menduduki Ujian Akhir Kursus bagi subjek Hubungan Etnik [HE]. Ni baru UAK, bukan final exam lagi. Pejam celik, pejam celik, lagi 3 minggu nak final exam. Hubungan Etnik or HE, sememangnya subjek yang paling tak suka. huhu. Maap Puan Lecturer. Tapi saya tetap rajin ke kelas. Sekarang ni dalam mood bersenang-senang sebab baru habis jawab test. Next week start buka buku. :)

Ok, jom solat maghrib. 
take care people :)

April 20, 2012

~ masih diuji ~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih punya kesempatan untuk online seketika. Masalah bekalan elektrik masih belum selesai. Setelah, berhempas-pulas, naik turun jumpa pihak pentadbiran dan meeting tergempar bersama pengarah, beberapa perkara berjaya diselesaikan walaupun tidak begitu sempurna. Nama pun ditimpa masalah, takkan nak harap macam tak kena masalah apa-apa. Ujian. Sabar terima tomahan orang terhadap kami, JPP. "JPP tak buat kerja." Sabar. Sabar. Sesungguhnya Dia tahu apa yang kami sedang usahakan untuk semua.

Doaku, moga segala segera selesai. Mudah-mudahan. Amin.

April 10, 2012

Pahit Manis Ujian Allah

Assalamualaikum. w.b.t

Satu kampus tiada bekal elektrik dan air. Dah masuk hari ketiga. Macam tinggal di pedalaman pulak rasanya. Terpaksa menggunakan generator untuk menghidupkan sumber utama dan juga untuk mengepam tangki air. Betul-betul menduga diri. Assignment yang terpaksa dihantar hari khamis ni belum siap dan kuliah tidak dibatalkan. Berjalan seperti biasa. Macam mana nak siapkan kerja kalau tiada elektrik? Semuanya bergantung kepada laptop. Battery tak mampu tahan selama itu. Aduhai. Macam mana pulak nak print nanti? Ya Allah, segalanya sangat menduga diriku. T____T . Sebagai wakil pelajar pun saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menenangkan rakan-rakan yang lain dan cuba untuk mencari penyelesaian lain bagi menampung sedikit beban yang diterima. Khabar diterima bahawa bekalan elektrik dan air akan terganggu selama 1 bulan berikutan main generator kena ganti baru. :(

Kuatkanlah aku dalam menempuhi ujian-Mu. Tabahkanlah diri. 


April 6, 2012

kelam kabut + serabut = ribut O_o

Assalamualaikum w.b.t.

Meskipun sibuk dengan tugasan, masih juga mencari masa untuk menjengah blog ni. Memang tiap-tiap hari jenguk, tapi tidak berkesempatan nak mencoretkan sesuatu. Masih banyak yang belum selesai. 

Jom tengok checklist :

Assignment :
Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku
Hubungan Etnik
Statistik
Resos dalam Matematik
Anatomi & Fisiologi
English for Undergraduates

Report : 
PBS : Anatomi
PBS : Pengakap

Folder :
Anatomi
Pengakap
Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku

Presentation :
Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku : Vandalisme.
English for Undergraduates : Literature.
Anatomi & Fisiologi : Research on Cardiovascular Disease.

See...banyak belum settle. Semua nak diselesaikan minggu depan. 
Ya Allah, tabahkan diriku dalam menghadapi ujian-Mu.

Stress kah??

Saya tak stress cuma saya perlukan rehat.


Waktu tidur itu sungguh berharga even hanya sempat tidur 3 jam setiap hari. 3 jam tu sudah cukup bermakna. Disebabkan itu, mulalah tak dapat kontrol diri pada keesokkan harinya. Rasa sangat teruk. Macam ada bintang duk pusing-pusing atas kepala, then mata pulak dah macam beruang panda. ;p

Dan kemudian kesannya seperti di bawah :


hohoho. Maap le. 
Plus, emosi tak stabil.
Musim mood swing :D

So, esok jom outing ! Sesiapa yang rasa stress tu jom ikut. 
Stadium Gong Badak, jam 7.30 pagi !
See you.

Till then, selamat malam semua :)

Kembar Farah Lee?

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf. Maaf. Tajuk kontroversi sedikit. Tapi, apa kaitan? Tak ada apa-apa. Lately, ada yang mengatakan muka ni sama macam Farah Lee. Bukan seorang dua je tegur macam tu. Aduhai.  Farah Lee? Kenal tak siapa dia? Tipulah kalau tak kenal. Si cantik manis Farah Lee tu ialah isteri kepada pengacara TV3, Allly Iskandar. Seriously sangat cantik dan manis orangnya. Sejuk mata memandang. :) Jauh beza OK. 

One more, my rumate pulak sibuk cakap sama macam Oki Setiana Dewi yang memang sangat sweet tu. Pelakon wanita utama dalam 'Ketika Cinta Bertasbih'. Tengokla entrinya. Haish, ada-ada je. Tension buat kerja la tu. Banyak sangat mengadap laptop sampai mata naik pening. :D

Ok, ni baru betul diri saya. Farah Lee? No, i'm not. I'm Farahah.


This is me. The real me. Saya takkan berubah kerana orang lain melainkan untuk diri sendiri. Tak sempurna tetapi sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik. 

Berfashion? Sungguh tak pandai. Fashion Main Ikut Suka Hati Aje tu tahu la. Tak kisahlah mana-mana, asalkan selesa, mudah nak pakai balik lepas solat dan simple. Cantik itu bonus. Cukup sekadar dikurniakan cukup sifat tanpa cacat cela. Yang penting, niat dan keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu. 

Sama-sama panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan, nikmat kesihatan, nikmat Islam, dan macam-macam jenis nikmat lagi. 
Alhamdulillah.
Sesungguhnya setiap ciptaan-Nya itu sudah cukup sempurna.
:)
I'm proud to be me. A muslim.