March 30, 2012

katanya ,




" Jangan biarkan hati yang lemah ini bergetar saat kau ucap kata rindu, 
takut diri terleka dibuai angan menusuk kalbu.. "

" Biarkan hati ini bergetar saat aku melafazkan akad tika menikahimu, 
kerana nikmat yang halal itu pasti lebih membahagiakan diriku & dirimu.. " 




March 29, 2012

♥ BFTJ ♥

Assalamualaikum w.b.t.


Tidak perlu mencari seseorang yang sempurna untuk menjadi teman sejati. 
Cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya.

Best friend till Jannah, InsyaAllah.



March 28, 2012

Love is ... [complicated]

Salam.

[EGO]

Bila perasaan itu wujud, salah seorang perlu mengalah untuk memastikan semuanya kembali normal. Kadang-kadang, untuk jadi orang yang mengalah itu agak sangat susah, tapi apabila menjadi orang pertama memulakan pendamaian, hati akan menjadi sangat tenang dan lega. Terlepas segala beban.

Tidak kiralah sama ada hubugan suami isteri, keluarga, teman rapat mahupun musuh, sekiranya ucapan MAAF tidak didahulukan oleh mana-mana pihak, masalah akan berlarutan. Rendahkan ego, lembutkan hati, ujarkan kemaafkan. "MAAFKAN saya." I know, it's not easy for some of us. I am having this kind of syndrome too. So, don't worry.
At least we try to make it better, right?


March 27, 2012

i hate smokers

Full stop. Not to condemn, but it's the truth. 
Sorry if it's too rude for this statement.

I miss my dad. Hard to find someone that can replaced him in my heart. No one and never. Someone who don't smoke and care for his family.

Abah, i miss you soo much. Hanya doa dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mampu anakanda sampaikan.


busy life

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lepas, minggu ini dan minggu seterusnya akan menjadi sangat pack ! Jadual padat yang teramat. Terlalu banyak komitmen yang dipegang. Hampir mengeluh tetapi mampu bertahan. 

Untuk tugasan ad-hoc, maaf sebab terpaksa menyusahkan orang lain. Biasalah, arahan pun diterima secara mengejut. Kalau boleh, setiap tugasan tu memang nak disiapkan sendiri. Tak payah nak suruh-suruh orang lain, tapi kata seorang sahabat, 

"try to let it go, trust others. They can do that, and maybe better than what you expect. As a leader, make sure you are there to guide and support them, not to condemn. "

Noted.

"Kalau semuanya nak dipikul sorang-sorang, apa gunanya organisasi? 
Apa gunanya kumpulan?"

Termenung, berfikir dalam. Yup, ada betulnya. Niat yang penting. Bukan hendak menyusahkan tetapi mahu sama-sama timba pengalaman. Daripada tidak biasa kepada expert. :)

Terima kasih kepada yang banyak memberi sokongan dan pertolongan secara langsung dan tidak langsung. Perhatian anda sangat-sangat dihargai. uhuhu. Terharunya. T_T . Yes, i'm not a good leader, but i try to.

*Lately quite emo. plus personal probs. try not to mixed them up. Be pro. InsyaAllah. I'll try my best. Fake a smile is easy, but to handle what's inside..arghh, tougher than i thought.

Hidup perlu diteruskan, jadi senyum :D






March 5, 2012

Bakal Imamku ♥

Assalamualaikum w.b.t

"Lelaki yang mampu menjadi imam kamu,
ialah lelaki yang menitiskan air matanya apabila melihat kesakitan kamu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkan kamu untuk beribadat bersama-sama 
di sepertiga malam."

"Jika pencarian itu telah ditemui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. 
Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara. ♥ "


March 2, 2012

tonsilitis :(

Salam.

Dah lama tak menjenguk blog ni. Masa terlalu suntuk..opps, masa tak suntuk, cuma cara mengendalikannya saja yang kurang baik. What a hectic week ! Dengan sketsa untuk English's Week, pertandingan koir, Sasaran Kerja Tahunan [SKT] yang perlu disiapkan untuk pengarah, disambung pula dengan Kertas Kerja Biro yang baru sahaja diluluskan semalam, dan terus bersiap sedia untuk program BIG, Bina Insan Guru pada esok hari. :) Sungguh padat !

Hurm, cuaca sekarang sangat tidak menentu. Bermula dengan panas terik, kering dan berdebu,..tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja hujan lebat. Hujan panas pulak tu. 

Sistem imunisasi badan  ni pun dah tak kuat, maka mudah terkena penyakit. Dah lama sangat tak jatuh sakit. Mungkin ada hikmahnya. Kali ini terkena radang pada tonsil. Inflammation of the tonsils. Bengkak. Mengikut firasat sendiri, ada beberapa sebab.
  1. Minum ais ketika cuaca panas terik.
  2. Termakan makanan yang over belacan, [rencah ikan bakar kot..]
  3. Ikan tu sendiri yang mungkin kurang segar, ikan lama.
  4. Cuaca yang terpanas dan kering.
  5. Suka sangat bercakap. Non-stop. ;p
Itu antara sebab-sebab yang dirasakan munasabah. :D

Menurut PubMed Health punya website, terdapat simptom-simptom apabila berlakunya tonsilitis ni. Antaranya:
Semua simptom tu ada pada saya. Plus, telinga ni rasa macam masuk air je. Huhu. Tak normal. Ditambah lagi dengan selsema, memang tak selesa. Macam ada yang menghalang salur pernafasan.

I need to get well asap. Pagi esok perlu siap sedia untuk aktiviti kemasyarakatan di rumah orang-orang tua, Bukit Payung dan pada sebelah petang pula bertolak ke Pulau Kapas untuk aktiviti bersama tutor, Tuan Haji Che Mutalib, ayahanda kami.

Doakan saya ya. :)

"Allah kurniakan penyakit agar kita tahu erti bersyukur dan ingat pada-Nya 
di samping untuk menghapus segala dosa-dosa kecil yang telah dilakukan selama ini."

Syukur alhamdulillah.