February 21, 2012

Retreat Mahabbah MPP IPT 2012 ♥

Salam.

Hujung minggu lepas, 16 hingga 18 Ferbruari saya dan beberapa orang rakan telah berpeluang menyertai program Retreat Mahabbah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPT 2012 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Program yang buat pertama kali diperkenalkan ini telah berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Wilayah Timur. Peserta yang hadir lebih kurang 43 orang yang merupakan MPP/JPP dari pelbagai institusi pengajian. Antaranya ialah IPG KDRI, IPG KKB, Politeknik KB & KT, UiTM Shah Alam, UPSI, UTeM dan juga Darul Quran, selalu anak didik JAKIM. Wakil kami pula seramai 7 orang sahaja.

Ketua projek, selaku ketua fasi juga iaitu Ustaz Hariri Daud. Kenal tak? Nak tau kenalah tanya pakcik google :D Quite famous jugak. Ok, pengisiannya sangat menarik dan apa yang paling penting, dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta mendapat kenalan baru yang berbeza bidang pengajian. Untuk lebih lanjut mengenai program ini, jom klik sini untuk ke laman web JAKIM. Sangat detail di situ.

[salam ukhwah]

Buat semua peserta, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan salam persahabatan yang telah dihulur. :) Terasa dekat di hati. InsyaAllah jika berpeluang dan ada kesempatan pasti ketemu lagi.

Salam Ukhwah ^^

February 20, 2012

lie vs truth

Assalamualaikum w.b.t


A beautiful LIE and an ugly TRUTH.
Which one do you prefer?

Antara penipuan yang cantik dan kebenaran yang hodoh, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi nak pilih yang mana satu? Oh, pening. Dilema sudah. Jom kita bongkarkan satu persatu.

Penipuan yang cantik

Semuanya manis-manis belaka. Orang cakap-cakap belakang pun kita tak tahu.

Si A : Cantik tak baju ni?
Si B : Cantik. Sumpah cantik. *senyum meleret. nak jaga hati.
dalam hati Si B: [oh no, buruknya. Warna tak sepadan langsung. 
Kat rumah tak ada cermin ke?]

Oh, tidak. Telah berlaku satu ketidakjujuran di situ ya. Apa salahnya jika diberitahu perkara yang sebenarnya. Mungkin Si A dapat menerimanya dengan baik dan positif. 

Si A tidak sakit hati malah gembira dengan pernyataan itu, tetapi dia tidak sedar bahawa itu cuma satu penipuan. Mangsa kepada ketidakjujuran.

Kebenaran yang hodoh

Kebenaran sememangnya pahit. Most of them. 

Si A : Baju ni ok tak?
Si B : Tak seuailah. Kamu tu tak cukup inci.
Si A : Huh..

Dalam situasi ini, Si A memang akan sedikit terasa atau terkilan. Jadi, jangan mudah melenting jika pendapat yang dinyatakan tidak seperti yang dijangka. Mereka hanya berlaku jujur pada anda kerana mereka sayang pada anda. Sila berfikiran positif. Tidak rugi jika mendengar pendapat mereka, setidak-tidaknya anda boleh berubah menjadi individu yang lebih baik.

Manakala, Si B pula janganlah sewenang-sewenangnya mengkritik secara pedas terhadap Si A. Ya, memang betul kejujuran itu penting. Tetapi, sekurang-kurangnya, jagalah hati mereka. Cuma gaya menegur dan memberi pendapat itu haruslah dengan cara yang baik.

Boleh diatasi dengan berkata,

Si B : Kurang sesuai dengan kamu. Apa kata kita pilih yang itu? Nampak lebih manis dengan kamu.

Senang, bukan? Kena pandai menyusun bait-bait kata. Mungkin kali ini giliran dia, mana tahu esok lusa pula tiba giliran kita.

So, which one?
you decide ;)





February 19, 2012

saya masih sama


em, new life.
berbeza dari sebelumnya?
a bit, but not totally.

Tapi yang paling tidak dapat dinafikan, sekarang ni terlampau banyak komitmen yang perlu dijaga. Bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk orang di sekeliling juga. Maafkan saya jika terabai. InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik. Masih dalam proses menyesuaikan diri. It's not easy. Perlukan banyak pengorbanan. Masih dalam proses belajar. Minta tunjuk ajar, dorongan dan sokongan semua. Terima kasih :)





February 15, 2012

if you don't have one . . . #2


Senyum dan tak perlu kata apa-apa. ^________^

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekadarnya sahaja ok.


[credit]

February 11, 2012

A big family !

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis watikah. Sekarang dah official. Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi kerjasama sewaktu sebelum, semasa dan juga selepas majlis. Terima kasih juga kepada pelajar yang sudi hadir ke majlis tersebut terutamanya my classmates, Matematik 1 & 2. Thanks a lot for your support.

Tahniah buat semua !

This is more like a family.

From the super junior of our group:


Bukan saya je berfikir yang sedemikian. Rupanya ada yang lain juga. Yup, sesungguhnya lebih kepada sebuah keluarga besar berbanding sebuah organisasi. Sungguh bahagia. Tiada tekanan. Ceria sepanjang masa. Jadi, setiap kali mendapat tugasan, tidak rasa begitu berat kerana dengan adanya sokongan dan dorongan tanpa henti dari semua ahli. Mudah-mudahan kekal begini hingga ke akhirnya. Amin.

Dan tidak lupa pada pesanan ini,


dan ini juga,


InsyaAllah, dengan kerjasama semua ahli.
Ya Allah, Kau kuatkanlah aku dan rakan-rakanku dalam menempuhi ujian-Mu.

| Ikhlas kerana Allah |




February 6, 2012

Salam Maulidur Rasul

Salam.

Less is more. Simple. :)
#hitam + puith. Semangat Terengganu tu lebih. ;p

Tugasan kali ini adalah untuk mencipta satu rekaan banting sempena Maulidur Rasul. InsyaAllah akan digantung di dalam kawasan IPG sepanjang bulan ini jika rekaan ini terpilih.

Sama-samalah kita hayati bulan ini dan perbanyakkanlah berselawat ke atas junjungan kita, 
Nabi Muhammad s.a.w.


Salam Maulidur Rasul,
Biro Kebudayaan & Keseniaan JPP






February 5, 2012

rinduku padamu



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya.

Salam Maulidur Rasul buat semua.

February 4, 2012

if you don't have one . . . #1

... i will give you mine ^____^

[choose one]

No matter how hard it is, 
if you smile, there's nothing you can't overcome. 
Have a try !
It's work on me ^^

Senyum je trus hilang rasa penat tu :)
# lebih kepada psikologi diri.

Selain dapat hilangkan tekanan,
dapat juga tambahkan pahala
kerana senyum itu satu sedekah.

Tak rugi terbitkan sebuah senyuman, kan?

Tetapi,
haruslah bertempat.
Nanti tak pasal-pasal jadi warga Tanjung Rambutan ;)

So, please choose one. 
Better than nothing.
^________^