January 30, 2012

just have believe ^^

Salam.
Tak semua yang kita rancang akan menjadi, dan tak semua yang kita harap akan kita peroleh. Segalanya telah ditetapkan. Manusia hanya mampu merancang. Tak gitu? 

Then, semua yang telah ditetapkan itu ada hikmahnya. Mungkin kita tak perasan sangat, tetapi jika dikaji atau diteliti, semua yang berlaku mempunyai sebab dan ada hikmahnya. Sangat yakin tentang tu. Kadang-kadang tu kesannya bukan boleh dilihat secara terus. Mungkin ambil masa yang panjang dan alhamdulillah jika kesannya terus dapat dilihat.

Segalanya telah cantik diatur. Kita perlu pandai main peranan dalam melaksanakannya. Bukan semuanya mudah dan bukan semuanya susah. Perlu bijak mengatur langkah. ;) # wah, sempat bermadah. 

Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.

Terpulang kepada kekuatan diri masing-masing. Mohon diberikan kekuatan dari-Nya dalam menempuh apa jua rintangan yang mendatang. InsyaAllah.




Alhamdulillah ~

Syukur, segalanya sudah pun selesai. Penamaan calon, sudah. Malam Bicara Pemimpin untuk menyuarakan manifesto, sudah. Pilihanraya pun sudah. Segalanya sudah berakhir, keputusan pun telah diumumkan. Tahniah kepada 27 orang calon yang berjaya. Alhamdulillah, berjaya menjadi salah seorang wakil bagi semester 3. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong. InsyaAllah amanah ini akan dijalankan dengan sebaiknya.


Belum benar-benar berakhir, tetapi baru sahaja bermula. Ditugaskan sebagai Naib Exco/ Naib Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian bersama pengerusi, Farhan Johar.  Rasa agak tercabar apabila diberi kepercayaan untuk memegang biro ini. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh Biro Kebudayaan & Kesenian JPP sesi lepas kurang mendapat sambutan dan ada sesetengahnya dibantah oleh warga IPG sendiri. Walau apapun, kami akan cuba untuk mengubah persepsi mereka terhadap fungsi biro ini. InsyaAllah. Semoga segala urusan biro kami dipermudahkan dan diharapkan mendapat kerjasama seluruh warga IPG. It's not easy.

Saya tidak menjanjikan yang terbaik, 
tetapi insyaAllah akan cuba yang terbaik. ^^

Tugasan pertama akan bermula pada esok hari. Kena tidur awal.
Selamat malam semua.



January 15, 2012

mampukah?

Salam.

*sigh. Keluhan berat dilepaskan kali ini. [ Tak elok mengeluh. Jadi, sila jangan tiru.] Persoalan yang sering kunjung tiba di kotak fikiran... Mampukah aku? Sudah bersediakah? It's not easy. I've to get ready mentally and physically. Am I serious? Yes. Cuma terkadang meraguinya.

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku sama ada yang sedang berlaku mahupun yang bakal berlaku. Jika itu yang telah Engkau tetapkan kepadaku, aku redha. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tahu setakat mana kemampuanku, kekuatanku. Engkau juga lebih mengetahui tentang segalanya. Segalanya telah diatur. Aku hanya menjalankannya ibarat melakonkan watak mengikut skrip yang telah ditetapkan.

"Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita
walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya,
kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun...

Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu bukan untuk kita
walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya,
kita tetap tidak akan mendapatkannya.."


Sangat mengharapkan yang terbaik untuk hari esok dan seterusnya.
Selamat malam semua.


January 12, 2012

dare to be different ~

Salam.

I'm not that kind of person. Sungguh. Tidak seberani itu, tetapi tetap mahu mencuba. Kini mula untuk membuat perubahan pada diri. Selangkah demi selangkah mula mengambil tapak. Saya percaya bahawa Allah sentiasa ada bersama dalam setiap perkara yang dilakukan. Just have trust in Him.

Azam tahun ini adalah untuk membuat perubahan. Walaupun tidak sebesar mana yang dapat diubah, at least jika dapat ubah hal-hal kecil pun dah kira okay lah. Lebih-lebih lagi dalam menyusun jadual harian, waktu study, waktu makan, diselitkan waktu untuk Dia di atas sana, waktu bersukan..dan macam-macam lagilah. Banyak sangat kalau diceritakan semuanya. 

Just don't expect me to be what you want me to be. I just be myself. The real me. It's not easy to pretend to be someone else. Susah tahu. Memenuhi kehendak semua orang adalah sangat susah. Dan saya memilih untuk jadi diri sendiri, kemudian sentiasa ubah diri ke arah yang lebih baik. Matlamatnya mahu jadi matang seiring usia. InsyaAllah, usaha itu tetap ada. 




January 8, 2012

~ 211211 ~

Tanggal 21 Disember 2011, jam 12.58 tengahari, ayahandaku selamat kembali kepada-Nya. Hembusan terakhir itu tidak akan dapat aku lupakan..hilang tanpa sebarang suara, tanpa jaga. Lelaki pertama dalam hidupku telah pergi buat selamanya... Kehilangan ayahanda tercinta merupakan tamparan yang hebat buatku dan keluarga, terutamanya bonda. T_T

Hilangan sudah sahutan bila disapa, tiada balasan saat tangannya digenggam..no response. Abah..abah..sepi... Aku redha. Melihat abah terlantar sakit lebih dua tahun adalah lagi perit sebenarnya. Sehingga aku terlupa bila saat akhir kami sekeluarga keluar bersama...T__T

Saat aku mula memiliki sesuatu, pada saat itu juga aku kehilangan sesuatu. Itulah ujian. Walaupun ujian ini terasa berat, mungkin berat lagi ujian yang diterima oleh orang lain. Aku hanya insan biasa yang lemah. Ya Allah, aku mohon diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian-Mu. Tanpa sedar, aku lebih kuat daripada apa yang aku jangkakan. 
Terima kasih Ya Allah. 

Kehilangan ini teramat dirasai. Aku redha. Ya Allah, Kau tempatkanlah dia dalam kalangan hamba-Mu yang soleh. 
Al-Fatihah untuk arwah abah...

"Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku..."