August 29, 2011

Salam Lebaran :)

Salam Lebaran buat semua.

Hari ini 29 Ramadhan..esok bakal menyambut Lebaran 1432H. 

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya, terkasar bahasa, menguris hati rakan sekalian..maafkan saya. Sememangnya banyak kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun ini.

Selamat hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Dua tiga hari ni agak sibuk mengemas, buat biskut, lap pinggan mangkuk,..tak berkesempatan untuk mnegupdate blog. Sekarang get ready bahan untuk bakar lemang malam nanti. hope tak hujan.

Ok, selamat berbuka, dan selamat hari raya. Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. InsyaAllah.


*p/s: uwaaa...baju raya tak siap ag. wuwuwu~~

dear yaya ^____^


Salam.

22 Ogos yang lepas, merupakan hari lahir seorang teman tersayang. Dah menginjak 20-an dah. Selamat menempuhi cabaran usia 20 :D Cabarannya memang tak sama. *cewah..ayat orang berpengalaman. biarpun setahun aja bezanya. :p. Dan dia ialah Fakhirah, atau panggilan yang lebih manja lagi ialah YAYA mucuk ;p

Saat pertama perkenalan kami, 10 Ogos 2009, hari pendaftaran pelajar baru :) Masing-masing muka innocent je dengan baju kurung putih dan kain hitamnya..hehe. Ketika itulah saya mengenali si gadis comel dengan senyuman manis ni. Kalau dia serius, fuhh, sangat menakutkan ~ grrr. sembunyi muka. takut kena marah. Apa-apa pun, dia sangat sweet + manja. Maklumlah, anak bongsu. *actually, lebih kurang je kami. tapi saya lebih teruk kot. ngeee~

oklah, nak beri sedikit ucapan ikhlas dan secara rasminya di belog ini:

Happy Birthday yaya ! 
Moga kamu memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta dikurniakan takdir yang terbaik.  Happy to have a friend just like you. Hope our friendship will remain forever. Sayang kamu. xoxo.





August 25, 2011

drumstick

Drumstick? yes.

Saya ada. Awak ada tak? mesti tak ada kan. ;p

wuwuwu, ini bukan nak berbangga. tapi kecewa. Opps, bukan tidak mensyukuri nikmat tuhan. Cuma saya yang tidak menghargai apa yang dikurniakanNya. tak jaga elok-elok.

Time makan tak ingat dunia. Macam pelik je statement tu? Masa makan tu taklah banyak, cuma kurang bersenam secara serius. Bulan puasa ni sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain bila cakap pasal makan. Tak banyak, taklah sikit sangat. Sedang-sedang saja.

Oh drumstickku, bila nak mengecil ni? Or ada sesiapa yang nak tak? Nak kasi ni. :D Sah-sah tak ada orang yang nak. Tu pun buat-buat tanya lagi. Haih.. Ok, banyakkan berjalan, jogging, senaman ringan. Bukan senang nak mengecil, dan bukan susah nak membesar. Depend on me, myself. Kena tekad ! Huh, time ni je semangat. Tunggu time berbuka nanti, bagai hilang ingatan dah. Lupa dah semua janji-janji tuh. Adehh. .tak lain, tak bukan.. itulah saya.

Ok, got to go. Masa untuk packing barang. *sambil dengar lagu raya. Esok dah start cuti raya. So, jom balik kampung ! Kepada rakan taulan yang nak pulang beraya tu, hati-hati di jalan raya. Hati-hati bawak motor, hati-hati memandu, dan hati-hati juga naik bas. Sampaikan salam saya buat semua di kampuang. Take care ya ! Selamat bersahur dan selamat berbuka bersama keluarga tercinta. dan Selamat Hari Raya !

oh, ho, ho, ho, balik kampung, hati girang . . . .

Wassalam.


August 23, 2011

L.O.V.E




August 22, 2011

Doodle Ramadhan :)

Salam.

Haa, hari ni nak share doodle Ramadhan yang sangat comel yang direka khas 
oleh Brotherhood Arts. 
Jom klik fanpage dia di laman sosial Facebook.

Awalnya rahmat .










Pertengahannya maghfirah .










Penghujungnya pembebasan 
dari api neraka .











Moga ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua 
dan semoga kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
InsyaAllah. Amin.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa + Selamat Berbuka juga ^^


Iftar sana sini

Salam. 

Alhamdulillah. Satu tugasan penting telah pun di hantar. Satu je lagi lagi tugasan yang menanti untuk disiapkan sebelum pulang cuti beraya. Kena kerja keras sket.

Tajuk entri, iftar sana sini? Ye, berbuka di pelbagai lokasi memang best sebab boleh rasa pelbagai makanan yang berbeza.. tetapi, yang menjadi masalahnya,.. at least akan keletihan yang teramat. Buka puasa + merayau ke tempat lain. Duit pun makin berkurang ~ Ape lagi lau bukan shopping. Saya dah stop shopping. Yes. Just got pashmina, shoes for PBS and new lens. That's all. Tak mau dah. InsyaAllah.

Sahur di McD jam 3 pagi. Masak, kemudian berbuka di Pantai Batu Buruk. Picnic kat area Kampung Cina. Berbuka bersama anak-anak buah di KFC. Berbuka bersama rakan sekelas dan juga tutor baru kami, Puan Noraniza. Next, berbuka di rumah tutor, berbuka khas, dan last berbuka bersama kawan-kawan sebab dah nak balik bercuti. Sangat penat. Tu belum dikira masa bertugas di balai Islam dan juga tugasan sampingan lain. Apa-apa pun, saya sangat gembira sebab dapat luangkan masa bersama sahabat handai yang terdekat. Terima kasih semua.

Okla, nak masuk tidur dah. Selamat malam semua. Selamat bersahur dan selamat menjalani ibadah puasa. 


W I S H E S : My version :)

Salam. 

Dedicate to all my blog readers ;)
thanks for supporting me.















*Selamat bersahur ^^

August 17, 2011

matang?

saya memang tak matang. and i won't. fullstop.

nobody can understand. nobody. 
not even me, my own self.



August 16, 2011

jom masak !

Salam.

Hari ni sangat memenatkan. Nak lena kejap pun tak sempat. Tambahan kena bertugas memasak juadah berbuka di balai Islam al-Muttaqim petang tadi. Terima kasih semua yang telah bagi kerjasama baik perempuan mahupun lelaki.

Menu hari ini: 
Nasi putih + ayam masak paprik thai + kailan ikan masin
 + telur dadar + kurma + air oren :)

Alhamdulillah, hidangan berjaya disempurnakan tepat pada masa. :)
bila makan beramai-ramai, bertambahlah kenyang + puas hati.

Tadi, tiba-tiba semangat nak belajar masak tu datang. :) setakat masak biasa-biasa tu boleh la. Sekarang nak cuba explore masakan lain pulak. I mean dari negeri/negara lain. Bukan western ya. Jadi, tak ade lah bosan/ jemu makan menu yang sama. Baru ada variety.

Tapi, lau nak masak, kena tunggu balik rumah dulu. Kat sini mana ada dapur. Tak sabarnya~~ Weekend ni seriously rasa nak balik rumah. Nak masak spaghetti. Bolognese or carbonara? hehe. Makaroni bakar pun best ! Bila lapar, yang tak sedap pun jadi sedap. Haih.


spaghetti + meatballs


*psst, sesiapa ada resepi yang best2, tak kiralah western atau masakan tradisi, please give it to me. Love to try it. Dengan berbesar hati saya ingin mencuba resepi anda :)

Ok, selamat malam semua. Nak masuk tidur dah.
Nanti nak keluar bersahur di McD. Can't wait. :)
Selamat Bersahur juga <3

August 14, 2011

~ sabar itu indah ~

Salam.

Sememangnya benar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, dan alangkah indah apabila nikmat itu berjaya kita kecap. Yup, saya sedar. Sebelum ni pun sedar jugak, cuma apabila ditimpa musibah itu, saya terleka seketika...tetapi dalam hati tetap ditanam perasaan SABAR.



Ya, sabar itu indah. Saya telah pun merasakan nikmatnya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Engkau telah ambil sesuatu dariku, namun kemudian Engkau telah hadiahkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ok2, i'm going out. Iftar with my family. Mereka ada di sini ! yeay ! 
waktu berbuka : Satu jam dari sekarang ~
Selamat berbuka semua. :)



makan + kerja

Salam Ramadhan. 
14 Ramadhan 1432H.

Hmm. Apa ni asyik, pertama dan terakhir je ni.. Ok2, lupakan. tengah emosi masa tu. Kembali ke alam nyata. Pagi ni tak ada kelas. Perjumpaan dengan tutor? Pernah ada ke? Ada la sekali dua. Kelas bola tampar? Ngeh3, bulan puasa, semestinya semua buat muka penat, mengantoks, so, kelas BATAL. Jom tidoo ! 

Nak tido ke? Tiba-tiba teringat kat blog yang dah lama tak di'update'. Sambil-sambil buka laman sosial Facebook. Apa lagi ~~~skodeng~~~ tengok-tengok apa yang patut, buat status kontroversi, then tutup .

Minggu lepas balik rumah. Sangat best ! sebab boleh makan macam-macam. Muncet dah. Ayam percik, kerabu mangga, kerabu sotong, pari bakar dengan air asam, . . kecur bila teringat semula. Enough ~ Sekarang dah berada di maktab. Menu hari ini? Belum terfikir lagi. Biasanya, dekat-dekat waktu berbuka baru nak cari makanan. At last, makan kurma aje. Lepas terawih baru cari kedai makan.. chicken chop satu ! fish & chip satu ! fresh orange satu ! carrot juice satu ! wah, sakan gitu.. Nama je puasa di siang hari, malam? hahaha~ tettt~ haih, bila nak mengecil ni, i mean kurus. Adeh.

Makan makan jugak. Kerja haruslah disiapkan tepat pada masa.

Hurm, weekend ni balik tak? belum pasti lagi. Lots of assignment to finish up. Kesian kat my partner nanti kena siapkan sorang-sorang. Maapkan saya ya. I will try my best untuk siapkan before kita cuti raya. So, boleh raya dengan gembira dan berPBS dengan tenang. :)

Ok2, nak kemas bilik dulu and then nak tengok-tengok assignment yang dah separuh siap tu. Submission date : 20th August. InsyaAllah sempat. Got to go. Salam ~


August 13, 2011

.: cinta terakhir :.

Salam.


I really hope so as i'm not the first, but i wish to be the last one.

This is something that i never realize before. mungkin benar, mungkin tidak. 
Semuanya bergantung pada jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya.

Credit : Gee Patzy

then, saya jumpa ini setelah selongkar rumah Pakcik Gooogle,