July 27, 2011

Sakit Itu Ujian

Salam.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Kali ni amali Pergerakan Asas yang dimaksudkan. Lega rasanya. 15 stesen sudah disempurnakan dengan jayanya walaupun sememangnya banyak kesilapan + kekurangan. At least i try out my best. This is the best that i can do for now. Tulang belakang kembali sakit. 

Awal tahun hari tu, doktor dah pesan suruh rest. Sakit bahagian lumbar. Mr.Doc cakap maybe pernah injured bahagian tu. T___T. 



So, i need to take care of it. Bukan main-main ni. Tak boleh jog terlampau, kena bersandar bila duduk, jangan bagi tekanan pada tulang belakang, tidur di tempat yang rata [tilam tu jangan empuk sangat..huhuhu], kena minum susu banyak-banyak. Kena tambah kalsium. Makan calciyum pun beshh ;)

Tapi seriously sekarang ni memang sangat sakit. 
Tak boleh nak bergerak lasak sangat, 
elakkan pakai heels. :( habit tu yang susah sket nak buang. 
Susu? Jarang sekali.
Jog lak? Mana boleh stop jogging. Kalau tidak, macam mana nak kurus?? Huhu. 
What should I do.. Untuk 6 bulan ni, tak jog sangat, banyak jalan je.
Tak boleh nak force, kalau tak, malam nanti akan terima akibatnya.
Sakit tak tertanggung. huhu.

Sakit itu ujian dari Allah, sebagai penghapus dosa-dosa kecil.
Kena tabah dan sabar dalam menghadapinya.
I've to be strong + tough !
~ think +ve ~
Yes, I can !

July 25, 2011

Smile ^_^

Salam.

Hectic week. Minggu lepas sangat memenatkan. Tambahan, emosi tak stabil. PMS? Nope. Biasalah. Tekanan yang teramat sangat berikutan tanggungjawab yang digalas. It's not easy being me. I'm sick of everything, but whatever it is, I need to be strong. I'm doing it for my friends. Plus, got some personal problems. Too sensitive. huh. Don't even know how to deal with my own emotion. 

Tak dapat dibendung lagi dah rasa yang terpendam, akhirnya mengalir jua manik-manik jernih. Tak boleh nak seka lagi dah. Mencurah-curah ke ladang gandum. ;p Maluuu ~~ My roommate yang banyak bagi support. Thanks to her. Rasa down yang amat. Rasa nak balik rumah, nak pelok mak, lepas tu berkurung dalam bilik sorang-sorang, then tidur. Hurm, itu namanya lari dari masalah.. Bukan nak lari, cuma tak tahu nak settle bahagian mana dahulu. Help me please T___T

Everything goes wrong ~~~ wuwuwu. 
Tapi ada satu je ubat dia... iaitu SENYUM.
Yup, senyum.
Dengan senyuman, hati akan menjadi tenang. 
Perasaan menjadi lega. Beban terasa ringan.
Kalau tak percaya, cubalah.


Tak salah fake a smile untuk palsukan senyuman. At least dapat tenangkan hati seketika. Yang selebihnya, mohonlah pada-Nya. Minta diberi petunjuk, ketenangan, dan juga kelancaran dalam melaksanakan apa jua yang dirancangkan dalam kehidupan seharian. DIA adalah segalanya....sentiasa bersama kita sama ada susah ataupun senang. Ingat, kita ada DIA. The One and Only.


_______________________________
aku menunggumu
_____________________________________________________


July 16, 2011

i'm tired =,='

Salam.

I'm here again in this maktab. Just coming back from Kuantan. Memorable weekend. [tak sempat nak bercerita kat sini]. Penat. Stress muncul kembali. Terasa memikul bebanan yang sangat berat. Argh, I can't breath. Please help me out! T_____T . Betul ni. Rasa betul-betul sesak. Semuanya datang mendadak. Buat masa sekarang masih dalam proses pemulihan. Pulih dari demam. Sudahlah jatuh, ditimpa pula dengan tangga. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. 3 hari je lagi, then boleh balik rumah. Cuti 4 hari yang mungkin sangat berharga. Tidur sepuasnya. Maaf mak, izinkan anakanda tidur lama sket nanti ya.

Haa, malam ni malam nisfu Syaaban. Jom kita sama-sama puasa hari esok. ;) Paling penting, niat dulu !


Ok2, i need to sleep early. Nanti my roommate datang tarik telinga. Tak suka! ;P Thinking about the schedule for the next day make me sick. Nak muntah, lemah longlai je rasa badan ni. Penuh dari pagi sampai petang. Kelas, seminar, kelab memanah, ke pasar malam cari makanan untuk berbuka dan perjumpaan bersama JPP. Tak daya nak bertahan dalam keadaan macam ni. Rasa nak ambil MC je esok. Tak sedap badan. Ok la, nyte!


July 14, 2011

dugaan.

Salam. 

Hari ini sangat memenatkan, plus tak berapa sihat. Flu~~ sangat-sangat tak suka. Mungkin sebab dah lama sangat tak kena infection kot. But, this is not the right time. [eh2, boleh pilih2 pulak bila nak sakit.] Patotnya bersyukur sebab masih diberi peluang bernafas. Alhamdulillah. Baru diuji dengan selsema. I have to be strong!

Seriously, minggu ini sangat memenatkan. Mudah jatuh sakit ni mungkin sebab lalai, terlupa nak jaga kesihatan. I have so many things to handle. Lots of commitments towards everything around. Not enough sleep, forgot to take some vitamins, supplements,.. [macam dah terlalu bergantung dengan semua benda tu.] Yang penting sekarang, nak tarik nafas dalam-dalam, nak rehat secukupnya, tenangkan fikiran. Dah tak mahu terbeban dengan memikirkan macam-macam perkara. No more tears. InsyaAllah.

Readers, pray for me. Nak cepat baek dari selsema. Macam-macam tugasan lagi yang perlu diselesaikan. Yup, health is wealth. Kembalikan kesihatan saya.

:: Saya nak cepat baek ::


July 11, 2011

confused =,='

Any other answers?
there's no space to say NO.

Mode : Excited ! :D

Try out new things in just one day.

First,
volley ball.

But this is not the first time. Gerko sukan semester 1 (PPISMP) dulu dah cuba permainan ni. Tak jugak mahir. Servis? Failed. Tak pernah nak lepas. Setakat sipi-sipi tu boleh dikira bernasib baik. Terukkan? Semester kali ni  join permainan bola tampar sekali lagi. InsyaAllah nak memahirkan diri. Untuk join game? Oh, jauh sekali. Belum sampai tahap tu. Asalkan tahu asas sikit-sikit dan tahu digging pun dah cukup.

Second,
archery.

Yes, i'm soo excited to join this club. Sebabnya tak pernah pegang pun bow dan anak panah tu. Akhirnya impian terlaksana, tapi belum dapat peluang untuk shoot. Biasalah, pertama kali join kelab, teknik-teknik dan gerakan asas diajar. Takkan nak terus ambil bow + anak panah dan terus shoot. Tak pasal-pasal terpanah hati pemain bola kat padang tu. Untuk beginner, kami diperkenalkan dengan getah. Main lastik-lastik tu dulu, barulah boleh tarik bow tu betul-betul. Seriously bukan mudah. Adoi. Tak apa. Ilmu baru. Bukan boleh kutip tepi jalan, kan? I should grab this opportunity. Jangan sia-siakan. Bila dah keluar posting nanti dah tak ada masa untuk aktiviti-aktiviti macam ni.


July 10, 2011

Bukan sombong, cuma...

Salam. 

Alhamdulillah. Hari ni ada kesempatan nak update blog. Dah sekian lama sibuk dengan aktiviti seharian. Ada komitmen yang lagi penting. Blogging? Bila ada masa terluang sahaja. Kalau nak cakap pasal kerja, tak pernah tak ada. Bertimbun je dalam fail tu. Lepas satu siap, satu kerja lagi datang. Belum sempat siap lagi pun dah bertambah lagi satu. Haish.. Lumrah seorang pelajar. :D Tak ada yang senang dalam hidup ni.

Ok2, beralih pada tajuk entri. Bukan sombong...[merujuk kepada diri saya sendiri]. Tak tau lah apa pandangan orang lain terhadap kita. Tapi ada juga terdengar bahawa saya ni dikatakan sombong, tak balas senyuman, buat-buat tak kenal sekiranya bertembung... Betul ke? hmm, tak sedap hati jugaklah bila dengar hal-hal macam ni. Please dont judge a book by its cover. Ok2, saya tak salahkan mereka. Mungkin mereka belum mengenali diri ini sepenuhnya. Paling penting kat sini, saya tak sombong. Maaf juga sekiranya ada perangai atau sikap saya yang kurang menyenangkan. Semuanya semulajadi. Susah juga nak diubah.

Nak beritahu semua orang yang ...

Saya tak sombong, cuma...saya... saya...
[emm, apasal gagap lak ni..sebenarnya malu nak cakap..]
 .. saya RABUN...huhuhu.

Seriously, tanpa spec, kalau anda berada dalam jarak yang jauh, saya tak dapat kenal pasti respon atau mimik muka anda ya. Bianamida. Contact lens? Going to buy. Belum pakai lagi. Sekarang ni, sama ada berkaca mata atau langsung tak pakai apa-apa alat bantu penglihatan ya. 

Peneman setia :D
Lastly, nak cakap kat sini..Kalau jumpa saya kat mana-mana, jangan segan untuk tegur. [ ceh, bajet famous je]. Iye2, tak famous pun. Lagi satu, kalau ada hal-hal yang kurang disenangi, cakap direct terus ya. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki kelemahan diri. Ya, dalam dunia ni, tak semua orang suka kita, dan kita takkan mampu untuk puaskan hati semua orang tanpa menyakitkan hati sendiri atau hati orang lain. Berkorban. Itu sahaja yang diperlukan dalam situasi ini.

Saya tak sombong, cuma rabun ada masalah penglihatan.


July 4, 2011

^^_


To make our self busy with something is the way to stop thinking 
about those creepy silly things. 
So, lets get busy!

July 3, 2011

biar melecet, asalkan puas hati.

Salam.

1 & 2 Julai, hujung minggu yang penuh terisi dengan aktiviti membeli-belah. Elaun dah masuk ke? Nope. Minggu depan baru keluar elaun untuk semester baru. Tu pun, entah betul , entah tidak. Tidaklah membeli-belah sangat. Cuma survey pape yang patot. Pembeli yang bijak kena pandai cari the best thing with the best price, baru tak menyesal. Sebab tu jugalah, sampai melecet kaki pusing booth & kedai-kedai. 

Shopping list:
(wajib beli untuk semester ni)
External hard disk
Printer 4 in 1
MP3 USB Charger
Sport shoes 
New skipping rope
A4 paper
Socks
Bag

Itu sahaja termampu & sempat beli. 
Lain-lain tu  kena tunggu minggu depan. Lagipun dah tak larat nak jalan dah. 
Penat! Sakit daa.. Tu la, pesan mak tak nak dengar..

"Kalau nak keluar shopping, jangan pakai heels. Pakai yang flat sudah."

Yes, flip flop lagi bagus. Memang diakui. Sekarang dah nyesal sangat.
Orang yang tak cukup inci ni memang la teringin nak pakai yang tinggi-tinggi.

Bak kata kawanku, "biar sakit, asal cantik".
Hehe, sangat tak boleh pakai quote tu.
Mine ---> biar tak cantik, asal selesa. Tak gitu?

 Tapi, dah tak ada kasut flat/ sandal dah. Semua dah rosak. Takkan nak pakai selipar toilet kot. Hehe.

 
Itu dia si pucat. Tanpa make-up.
Sebenarnya muka kepenatan. Dua hari jalan non-stop + driving lagi.
Letih + lesu.
Esok nak turun untuk majlis pelancaran kat Dewan al-Farabi,
lepas tu kelas sukan dengan En. Zaid, bola tampar.
More, presentation for basic math's subject,
this sem with Madam Sofi. First group. Not yet ready. Aigoo.

Ok2, got to go.
Mahu tidur.
:)
selamat malam semua.