May 22, 2011

retak sudah T_T

Salam semua.

Hari ni ada dua berita buruk yang tak best.

  1. First, cermin keretaku RETAK~~~ Retak, ok. huk.huk. Relaks. relaks. Lebih kurang sejengkal je. Bukan remuk bumper depan lagi. Tapi masalahnya, macam mana nak cakap kat mak abah bila balik rumah nanti. Waaa, saya tak sengaja dan saya tak sedar bila ia berlaku. Puncanya masih belum dikenalpasti. :( Sob.sob.sob. Seriusly i've no idea. Mungkin tercampak atau terkena batu-batu kecik kat tepi jalan masa tengah drive kot. Mungkin la. Takpun terkena batu masa pak cik tukang kebun tu mesin rumput kat kawasan tempat letak kereta tu. Tapi kan, hello?? Kat kawasan tu mana ada rumput yang hendak dipotong. Tak munasabah + tak logik langsung andaian tu. Atau, ada orang berdendam ke? Musuh? Hahaha. Sama sekali tidak ada. Tapi, ada ke? Wallahua'lam. Saya tak nak fikir negatif. Masih berpegang pada andaian pertama. Terkena batu. Dah. Dah report kat Kak Long. Dah pesan cakap tak payah cakap kat abah lagi. Tak sedia nak kena marah. Ampun~~.
  2. Ok, secondly.. about my roommate. Khamis lepas dia terpaksa balik ke Kedah dari Terengganu ni. Terpaksa menjalani rawatan sebelum dia ke oversea. Mesti ada yang belum tahu, dia akan menunaikan umrah bersama keluarga lepas habis je peperiksaan akhir semester ni. Maknanya hujung minggu ni la. 26 Mei. Ke 27 Mei? Belum pasti lagi. For now, dia belum sampai ke sini sedangkan esok ada kertas kedua kami, Perkembangan Kanak-Kanak. Memandangkan keadaan dia belum stabil, dia takkan balik ke sini  sehingga lepas cuti semester. Dan dia akan menduduki peperiksaan di IPG Perlis ataupun IPDA. Itu sahaja berita yang diterima. Tak nak ganggu dia lama-lama. Dia perlu rehat yang cukup... Emm, yang paling terkilan, ak sempat nak hug-hug lama-lama sebelum dia pergi umrah.
 Doakan saya peroleh takdir yang terbaik dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Buat Hana,

Ah doakan Ana cepat sembuh dan sentiasa sihat sepanjang berada di tanah suci. Dan semoga dapat jawab exam dengan tenang. Allah sentiasa bersama kamu. I miss you, and i love you. Forever and always. :)

T_T i miss my roommate.


May 21, 2011

Patah hati, frustttnyerr...

aiyakk..
Hampir jam 3 pagi. Masih tak dapat lelapkan mata. Bukan facing book, tapi ber'facebook' punya angkara. Tapi bukan salah facebook juga. Not my addiction sangat pun. Tengah patah hati ni, tawar hati, kecik hati, semualah. Sangat berduka lara. Mana penawarnya? huhu. [ ;p jiwang + melalut terlebih].

ok, straight to the point.
Semuanya salah

.......
.......
.......


paper Falsafah Pendidikan [EDU3101]
huh. seyes tak ada semangat nak study ni. 
Jap2. Sangat tak patut untuk persalahkan kertas tu. Siapa suruh tak study? wuwuwuu. Saya sangat menyesal. Saya dah study...saya hafal semuanya...tapi saya tak paham konsep.
Haa, itulah penyebabnya. that's it!!
You see, salah sendiri jugak, kan?

Ok2, fine.
Kali ni nak betul-betul faham konsep untuk kertas Perkembangan Kanak-Kanak [EDU3102]. Please be nice to me ya. Nak baca sampai paham. Selagi tak paham, tak boleh tidur. Understand? Iye, saya paham.

"Sila tidur awal. Jangan paksa sangat. Pagi esok sambung semula."


em, telah diendahkan. I'm sorry. Dah jam 3 pagi. Dah tutup lampu, dah tarik selimut, dah pejam mata, tapi otak ligat berfikir. Tak tenang kalau tidur tak pegang buku. Tiba-tiba terpandang laptop pulak yang berada dalam mood 'stanby' ni.. Apa lagi, nak blogging jugak! Lepas entri ni, saya nekad nak tidur. Tak kira apa sekalipun.

Got 3 papers more to go. Wish me luck k.
ok, camat malam semua. ;)

---> monolog dalaman Princess5050

May 20, 2011

Morning Sunshine :)

Salam.

Hari ni bangun awal. [macam kebiasaan je pun].

6.30 pagi

tett,tett.
"Jom jog. Siap-siap ok."

Terus bergegas. Bersiap. Keluar jog lagi. Pukul 7 pagi dah keluar menuju ke kawasan stadium. Cantik dan mendamaikan, walaupun pada satu sudut tu terbina gah sebuah stadium besar yang sekarang ini hanya bagai sebuah tugu bersejarah yang paling besar setakat ni la. Apakah yang dimaksudkan? [actually, stadium yang dibina dengan gah suatu ketika dahulu, yang kini telah runtuh]. Jauh kawasan rekreasi tu dalam 15 minit dari maktab. So, kejap je dah sampai, lepas tu terus jog. Hari ni tak boleh nak push sangat, sebab lutut seriously baru lepas terkehel or maybe terseliuh. ;p tu lah, lasak sangat. Lasak kew? hahaha. 

Basah lencun baju sebab peluh terlebih,.ok, tipu..setakat setitik dua je pun..hari ni jalan je banyak. Dua tiga kali round tasik dan sedikit regangan. Lepas tu, masa untuk sarapan. 

#2nd breakfast at McD. Family Breakfast Box A. Done! Seyesly hotcake tu sangat sedap. Mungkin bagi saya. Sebab saya tak suka pancakes!!. First pancake yang pernah dimakan tersangatlah tak sedap. Hinggalah terjumpa hotcakes McD ni. Sekarang ni, bersemangat nak buat pancake kat rumah. ;p Haha, jakunnya,kan.

"Dah elok-elok pergi bakar kalori, pergi tambah kalori baru pulak dah. T___T"

Huhu, itu fakta. Yes, menambah kalori yang banyak. ;( . Akanku berusaha lebih untuk bakar balik kalori yang ada. Lain kali nak bawak bekal susu, dan roti je lah... Err, boleh percaya ke? Last-last, tibai nasi lemak jugak. 

Ok2, haa, sebelum terlupa, masa jog tadi terjumpa seseorang di tasik. Opps, bukan seseorang, tapi pasangan, our friends jugak. Ok, sangat tak sangka, dah berdua rupanya. Ada pengganti yang merawat hati yang lara. Cewah. Maybe, she'll be my new 'biras'..or else...no comment. Not really sure about that. Mungkin masih terlalu awal untuk membuat sebarang tanggapan. Apa-apa pun, dengan hati yang terbuka.. dear, "welcome to the club".. Just like my other 'biras' pernah cakap kat saya sebelum jadi ahli keluarga baru mereka.

that's all,tq. Nak korek rahsia lagi ni. ~~~ hahaha. *gelak jahat.

---> perasan tak, entri ini ada banyak sangat perkataan 'sangat'. Ini sebabnya, penulisnya sangat teruja untuk bercerita entah apa-apa. hehe.

May 18, 2011

How I spend my life?

Salam.

this time, i'm gonna share about...
My future plan. ;p 
A relationship between man + women. :D
Day dreaming~~ ;p
Looking for a soulmate. Who? 
Of course, a MAN, not a WOMEN. ;p 
Now? Keep searching till i found my Frog Prince.


 Graduation!! Yeah. almost 3 years to finish up my studies.
and then become a Math's Teacher.
God willing.


 and then getting married. Haha. After grad? InsyaAllah. 
Actually, after i can make sure everything is in the state of FINE, STABLE.


 Having kids? for sure la. Hahaha. ;p
never ever think about this matter yet.
This is not the first priority for now.
and then, what is the first? 
hahaha. dont know.


 this one? 
err ------- no comment ------


 again.. 
----no comment-----


 I love this one. Yup2.
Love till the end.
In love again with him, my hubby.
So sweet.


Ok, entri ini ditulis saat pemikiranku di awang-awangan. Not so stable. ;p
Terlalu banyak menyerap ilmu dari buku FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Exam hari khamis ni, on 19th May.
Wish me luck!

Got to go. 
Mode : Study.


May 17, 2011

Happy Teacher's Day!

Salam.

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang telah banyak berjasa, mendidik saya sedari kecil sehinggalah sekarang ini. Guru merupakan ibu bapa kedua kita.


Ucapan ini khas buat,

ehem .ehem . Kita mula dari bawah ya . .
Cikgu tadika KEMAS Sentosa saya,
Puan Umi Khaltom..

Guru-guru sekolah rendah,
Sekolah Kebangsaaan Pengkalan Nyireh,
Puan Kamariah, cikgu BM tersayang
Puan Naziha Abas, Encik Sufian, cikgu sains
Encik Wan Zuhairi, Sir Wan Omar,
ramai lagi la...

Seterusnya guru di Sek. Men. Keb. Tengku Mahmud
especially Puan Atrah, Puan Zubaidah,
Puan Ariza, Puan Raja Noraizan, Sir Dan Ji Ann..
....

Tenaga pengajar di Kolej Matrikulasi Pahang..
Setahun kat sana memang ramai pensyarah yang sempat kenal .
Semua kott . . cewah . suka masuk cubic pensyarah katakan. hua3.

lagi, buat pensyarah di IPG Kampus Dato Razali Ismail ni..
especially buat semua pensyarah di Jabatan Matematik,
Puan Samsiah, Puan Sofi, Encik Mohamad Yusuff, Encik Mutalib,
Encik Mazlan..

Tak lupa buat ayahanda merangkap TUTOR kelas kami,
Dr. Haji Ismail Raduan . .
Beliau sudah pun bertukar ke IPG lain..
so, sekali lagi kami akan mendapat ayahanda or maybe bonda baru,..

and buat kawan-kawanku yang bakal menjadi warga pendidik,
tak kira yang berada di dalam negara atau di perantauan..
[cewah, bajet macam buat ucapan raya jew . . hehe, tak kisahlah..]
moga berjaya menjaya warga pendidik yang cemerlang..

...dan jugak.. untuk diri sendiri.
This is my second year, a teacher-to-be.

SELAMAT HARI GURU!
dan untuk juga semualah..
WARGA PENDIDIK DI SELURUH NEGARA..

May 14, 2011

Blogger: Currently Unavailable ---> tensionn!


May,13

Salam.

Aduhai . Blogger: Currently unavailable . Wuwuwu . Baru je bersemangat nak post entri . Tapi niat terus terbatal lepas ternampak ke perkataan tu . Mungkin nak suruh sambung study kot . Baru je nak skodeng blok orang lain and tengok entri-entri baru . Alih-alih, blogger ada masalah pulak . My last entry dah hilang . Bertambah stress lagi ni . huk3.

Ok, terpaksa batalkan niat nak menulis... Sekadar luahkan dalam wordpad dulu, then bila semua dah ok, nak sambung POST entri ;) Sekarang masa untuk kembali ke katil . Bukan untuk tidur ya . Katil : tempat paling selesa untuk study . Pelik, kan? Tapi, itulah hakikat yang sebenar . Tak suka melekat kat meja bila tiba masa study . Katil la senang . Kalau mengantuk, terus je tidur . Tak payah tersengguk kat meja tu . hehe. Ok2, got to go . ;D

[copy + paste dari wordpad]
;D

The Last Daughter :)

Salam.

Siapa tu? Dah ceritakan sebelum ni, tapi entri tu dah hilang. Ni merupakan entri yang dah di re'post'. Tapi, isi dah tak sama. Hilang sudah idea-idea nak menulis. Huhu. Tak larat dah nak cerita. 

Budak comey comot di atas adalah sangat manja. Puteri bongsu daripada 4 beradik yang semuanya perempuan.

Dan dia ialah tuan empunya blog sekarang ni. 
Kelakar kan? Muka innocent je. hua3.

k2, tak nak story lebih-lebih. Sebelum ni dah cerita banyak. :)


May 11, 2011

sangat 'pack'lah!!

Salam.

Okeyh. Last time saya cakap jadual exam belum keluar lagi . For this time, nah! hamek tu . Jadual exam yang tersangat pack [ for me la, yang memang sure malas study ni] .


Huhu, apalah nasibku . Dont know how to arrange them . ;( Study.study. First sem ni kena skor lebih sket. "Major matematik ni susah".. Arghh. Ayat tu memang kasi pening kepalaku . Takot + berdebar + panik .   

For now, tengah focus on Mathematics Education Curriculum ni ha, atau dalam BMnya Kurikulum Pendidikan Matematik . Yes, sangat bosan kan? Apakan daya . Subjek ni wajib ambil untuk pelajar major matematik . Semester ni tak banyak kira-kira sebab semuanya berdasarkan teori . Semua subjek pasal teori + fakta + history.

History? Nightmare lah. Serius tak suka sejarah . [tapi nasib still dapat A masa SPM dulu.]  Ingatkan dah tak jumpa benda-benda ni...last-last ada jugak . Dah tak boleh nak lari ke mana dah . Sejarah tu penting, kan? Supaya kita dapat buat refleksi, sama ada baik atau buruk . Yang baik dicontohi dan yang buruk dijadikan teladan. hehe.

Ok.ok. stop berceloteh sekarang . Masa untuk menelaah. [skemanya ayat]. Jumpa lagi nanti ya . Nak story pasal zaman kanak-kanakku yang sememangnya comel comet . ;p


May 10, 2011

Apa nak jadi??

Salam.

Hari ni tak de kelas. Sudah semestinya sebab dah masuk minggu study. ^^ Sekarang tengah tengok soalan spot untuk subjek Falsafah Pendidikan dan juga Perkembangan Kanak-kanak. Aii, takkan tengok je? Hehe, tengok sikit-sikit, lepas tu list out bahan-bahan yang berkaitan, termasuklah page yang perlu dibaca nanti. Belum pasti dengan jadual exam. Selalu je berubah. So, i need to get ready no matter what. Itu je jalan yang terbaik, kan?


Hehehe, it's me. Aduh. Apa nak jadi kan? 
Seseorang, tolong sedarkan princess tu ya.
Kesian. Entah bila nak kembali ke alam nyata.
Minggu depan dah start exam!!
Wake up! Wake up!
Dush3x.

May 8, 2011

saya budak baru belajar :D

Salam.

Keterujaan sebenarnya. Orang laen dah lama tahu, saya je yang belum. Tahu apa? Tahu cara nak 'transparent'kan header blog. Hehe. Akhirnya berjaya juga. Yang kat atas tu, my second trial :) Tak cantik pun. Tak tau nak letak gambar apa. Bantai je apa yang ada dalam laptop. Laptop ni pun satu hal. Meragam pulak. And then, charger buat hal lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga. :( Duit bakal melayang lagi bulan ni. Nak kena beli adapter baru. [this is my second time]. Lasakkan? Umur laptop ni, dah hampir 3 tahun...dan 1 sekali format, sekali tukar charger punya adapter. Tak de lah lasak sangat kan? hehehe. :D
First trial :)



Second trial :)

 Dua-dua tak cantik, kan? Saya budak baru belajar. Still godek2 blog orang laen untuk belajar tutorial baru. Terima kasih buat blogger-blogger yang sudi kongsi ilmu. :) 

Credit to all.




ber'ASMARA' di pentas AF ^__^

Hoyeah.

Kontroversinya tajuk entri tu.
Sabaq2. Meh nak habaq mai satu cerita ni...
gosipss kah?? eh, tak main lah gosip2 ni.

Semalam..kami berasmara di pentas AF.
Chop2, AF tu bukan Akademi Fantasia,
[jangan teruja dula ya],.
tapi Al-Farabi.
Kami punya dewan besar maktab la.
kami ringkaskan Al-Farabi jd AF, baru senang sket nak sebut.
plus2, baru femes sket nama tuh ala2 Akademi Fantasia gitu,kan.

Berasmara tuh?? [korang buat ape weyh??]
hehehe,
sabau...sabau...
sbenarnya tu tajuk koir kami.. "ASMARA" ;)
pernah dengar tak lgu tu?
lagu yang gedik2 sket..sket ke? [for me la]
tak taw siapa penyanyi sebenar dia, 
tp lagu ni pernah dinyanyikan oleh Gerhana Ska Cinta :)
Gambar koir? Tak sempat upload ag.
next time ya.

May 7, 2011

mode: busy study *_____*

Salam.

Yes, busy. Hujung minggu yang sangat sibuk. Bertungkus-lumus menelaah. 
Hehe, ok, FINE. Tipu jew. ;p
Ada saksi di sini ya.
Tak boleh nak kelentong lebih-lebih. huhu.
ok2, memang tak study pun.

Sibuk dengan facebooking, sepahkan katil,
and paling suka ---> kacau my roomate yang tengah khusyuk study.
Hehe, sangat berpuas hati bila berjaya usik dia.
Seriously, dia memang rajin compared to me. :D
Satu pengakuan di situ ya.

Sorry dear. i just cant stay freeze on my chair, reading all the books 
for the whole day..
***
inilah dia yang selalu jadi mangsa keadaan. I'm sorry dear.
***
Pasal sibuk study ni, yes..memang tipu.
Wrong or false statement. totally.

actually, we got mathematics' trial exam on Sunday,8.
Matematik mana perlu study,
kena banyakkan latihan + pemahaman sikit.

Walaupun begitu, still takot.
Takut terbuat stupid small mistake...
because of careless...

Kenapa jadi macam tu? Overconfident?
err, i dont think so.
it's just me, being sooo clumsy.

Dear friends, Math I and Math II,
i wish you all the best!!
See you on Sunday at Mirco Room, Teltrac.
Go Maths, go!


doooodles again :D

Again and again.
 [sorry lau dah bosan, hehe]

Love to share with all of you :)

Made by heart doodle..
to be true, this is not my artwork :D
hehe, it's my friend.
Niniey again.

A4 size doodle. Just for us.

Love the details.

Cute aliens. Love it.

i.love.you.love.me

__my prince__

__my princess__

That's all. Itu sahaja setakat ini.
It's just my addiction.

i love doodles ;)

Salam.

Doodle??
Apa tu? It is an unfocused drawing ;)

Sebelum ni tak tau apa-apa pun mengenai istilah ni. Haha. Kesiannya. Agak tak berkembang, kan? Apa-apa je lah. I do love doodling ;p Rupa-rupanya kerjaku menconteng nota-nota kuliah tu dipanggil doodles. Yes, it's my hobby..dah jadi habit dah pun. Pantang jumpa kertas + pen/ pensil, pasti akan terconteng sesuatu kat situ.

Sejujurnya, diriku memang x pandai melukis..huhuhu. Buruk bebenor hasil lukisan.. Tak pandai nak imagine, sebab tu tak boleh nak melukis. Lau copy lukisan orang lain or re'draw' bley la. Tu pun kena lukisan yang simple2 je. Lukisan sendiri? alamatnya memang tak terhasil la.

Jom tengok hasil contengan yang entah apa-apa ni...







 mesti ada yang perasankan, gambar2 di atas tu dah pernah di'post'kan dalam entri sebelum ni. Yang latest ni belum sempat nak upload. Lagipun banyak sangat. Tak larat nak rakam setiap kertas tu.

Haa, jom usha hasil seni di bawah ni. 
Hasil seni yang sangat cantik and i love every detail of the drawing ;) 
Really love it, it's MINE.
Thanks to her, Niniey.

doodle in the mirror ;)

 addicted to them ;)
selalu usha2 pakcik google, mintak dia tunjukkan macam2 doodles,
and curi idea sket2 for my own doodles :D
Cedok sket2 je. tak apa kan?
hehehe ^_^



May 4, 2011

family baru? erm, YES!

Salam.

Ok, hari ni rasa sangat lapang.. Nak bercerita sket tentang program anak angkat yang kami sertai awal bulan lepas ;) , PROGRAM KHIDMAT BAKTI SISWA yang bertempat di Lubuk Lesung, Kemaman, Terengganu. Here, secara 'offical'nya nak perkenalkan keluarga baru saya..

Kami, lima beradik kesemuanya...Mimi, Aini, Farah, Adni and me ;D

Ayah angkat kami namanya, Encik Mohamad bin Yakcob, dan kami memanggilnya dengan gelaran 'Ayah' dan mak angkat kami pula Puan Semah dan kami memanggilnya 'Mek'.. Sama macam anak2 kandung mereka yang lain. 

Dalam kenangan ;) i'll miss them.


Ini merupakan kali pertama sertai program seperti ini, and this is the first family that i've ever had. Ayah & Mek sangat baik. Ayah kami merupakan bilal kampung Lubuk Lesung dan juga merupakan salah seorang AJK kampung itu. 

Kenangan berada di rumah mereka takkan padam dari ingatan. Makan bersama2, berborak bersama2.. Paling best, halaman rumah Ayah & Mek ada macam2 buah-buahan..jambu, limau bali, tebu, mangga, manggis, salak..macam2 la. sangat teruja. makan macam tak ingat dunia dah..Pasal makan? No hal.. sangat terjaga, malah terlebih-lebih pulak. Then, saat merempit bersama Adni keliling kampung sangat bessstt. Terima kasih ayah kerana kasi kami habiskan minyak motor ayah..hehe, at first, takot jugak Adni bawak motor tu. Tak percaya ngan dia ke? Err, bukan tak percaya...sebenarnya........saya sangat FOBIA naik motor. hehehe. thats why la,.. Pernah kemalangan ke? Eh, tak delah.. cuma, memang takot naik motor..sejak kecik lagi. Adoyai...malunya. terpaksa mengaku jugak. Sebab tu la tak amek lesen motor. ;p

Saat meninggalkan keluarga angkat merupakan saat yang paling sukar ketika itu. Walaupun baru beberapa hari berada dalam satu keluarga, terasa kemesraan itu bagaikan telah lama terjalin. Sedih. T____T. Air mata tumpah jua akhirnya. 

hehe, malunya..adni punya keje la ni ;D

Terima kasih buat ayah + mek kerana sudi menerima kami berlima di rumah. 
Kenangan bersama tidak akan kami lupakan.

---> going to the end...

Salam.

End of what? Relationship?? Oh, no.no.no. Nope... [mintak jauh] it's about lecture, classes.. for this semester. Yeay! Tomorrow is the last day for the lecture ;D hehe, happy? yes i am. Ready to say, 'goodbye' classes and 'hello' to study week..

But, for the next week, on Sunday, we got trial exam for Mathematics : Knowing Numbers. Oh, study?? not yet ready for that.. still not in the mood.. i'm now celebrating on the last day of lecture. excited! hahaha. Better to study by my own..easy to focus and to digest every word that i've read.


ok2, bloggie, sorry for not updating any news. Quite busy with the folders, tutorial qstions and presentations. :) Now, i'm back. Hopefully, i can share something with you ;) Got to go. See you soo ya.