April 25, 2011

:: sekian lama ... aku rindu kamu ;D ::

Salam.

Sudah sekian lama diriku meninggalkan laman ini sepi tanpa sebarang risik khabar.. Aduh, hehe, sebenarnya tengah berada dalam mood novel ini. Jiwang2 ke? xdelah. Haa, rasa rindu pada blog ini menggigit kalbu. hua3,  amat2 tak sesuai ayat tu. Dah lama stop menulis. Lau dulu, rajin je tulis cerpen, sajak. Sekarang? malas yang amat. Bukan malas jugak sebenarnya, cuma kekangan masa. Tak pandai nak urus masa dengan baik.

Sekarang ni memang berada dalam mood novel sebab baru je mula baca novel setelah sekian lama tinggalkan hobi tu. Tidaklah tergila2, cuma sekadar mengisi masa luang. Novel yang dibaca sekarang ni, KUNTUM CINTA DI TAMAN SYURGA yang ditulis oleh Thoyba Mursyidah, terbitan PTS. Baru je dibeli dua hari lepas pada satu pesta buku di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Ada sesiapa dah pernah baca novel ni tak?

Illustrasi yang sangat cantik ;)

Belum pun habis baca. tidak sampai separuh buku lagi. Jadi, tak boleh nak review buku ni pada semua. Sebelum ni memang tak berapa berminat dengan novel2 sebegini. Tujuan utama untuk menyokong sahabat saya Nuraini Ruzi, teman saya yang memegang nama pena Thoyba Mursyidah. Syabas diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mengeluarkan sebuah novel yang hebat. Kami sama2 menuntut di Sekolah Menengah Tengku Mahmud, dan kami sama2 memilih kerjaya sebagai seorang pendidik. Beliau dengan pengkhususan TESL, manakala saya dalam pengkhususan Matematik. Perbezaan yang ketara, kini beliau menyambung ijazahnya di Australia manakala saya kekal di bumi Malaysia. Sahabatku, semoga segalanya berjalan lancar dan semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah dan sentiasa beroleh keredhaanNya. InsyaAllah.

Novel ini berada di pasaran sejak 11 Februari 2011 lagi.
Jadi, jom sama2 dapatkan novel ini dan sama2 menghayati keindahan nilai2 Islam yang berjaya diselit dan diterapkan di dalam novel ini. 

Sokongan anda amatlah dihargai. :D
Terima kasih.

April 5, 2011

:: npe orang lain ada masa ea?? ::

Salam.

hurm. kenapa orang lain ada masa?? masa untuk berblog...walaupun diorang pun sama sibuk macam diriku..  heran2.. Jawapannya: orang laen pandai bahagi masa + orang laen sentiasa bersemangat nak berblog.. tak macam diri ni.. 

Sebenarnya banyak benda nak diluahkan kat blog ni, tapi tak terluah. Satu hal lagi, seriously memang banyak kerja sekarang ni. Assignment terakhir nak kena submit, 14 April. Aduhh, lambatnya tarikh tu. Nak rehat puas2.. tp, tak boleh nak rehat jugak,. hujung bulan ni ada EXAM!! UAK menanti.. naseb tak ambik MUET, lau tak, bertambahlah busy untuk bulan ni saja. Lepas UAK, get ready untuk final exam~~~ aiyaakk.. tak habis tarik nafas lagi.. semput2.. adehh. Sebelum final, kena settlekan folder2, refleksi2, dan pembentangan yang belum selesai.. makk, tak sanggup. T___T.. 


bila tiba musim assignments,
malam ke, siang ke, sama je...
takde beza...huhu

Ya Allah, kuatkan aku..