January 27, 2011

Dreamy Holiday..;p




Holiday ke honeymoon??
Huargh3..
sudah berangan la pulak..
lambat lagi kot kahwin..

Tak perlu tunggu honeymoon pun,
lau boleh nak pergi sekarang jugak.
Now!!

PARIS!!
tapi kenapa Paris??
Erm, rasa macam sweet & romantic je kat sana ;)
betol ke? i think so. [ belum ada peluang sampai ke sana]

Tapi kan...
sebelum ke tempat ni,
ada satu lagi tempat yang princess nak pergi sangat2
iaitu
...
...
...
...
Mekah :)
walaupun bukan untuk ibadat haji,
umrah dah cukup.
Teringin untuk bawa keluarga pergi umrah sama2.
InsyaAllah,
semoga dipermudahkan olehNya.

;)

Thanks A Lot ^_^

***************************************


Thanks for being here by my side ;)

~You're amazing just the way you are~

*************************************

January 24, 2011

Dilema T__T

Salam semua.

Princess dalam dilema sekarang ni.

Esok ada dua perlawanan persahabatan yang disertai team maktab.
Hoki [White Eagle] & ragbi [Panda RC].


White Eagle
vs
IPG KB

Panda RC
vs
Lembah Bidong

Jadi, apa kene mengenanya??
erm,
Kedua2 org penting dalam hidupku join sukan yg berlainan.
Seorang pada hoki, dan seorang lagi pada ragbi.
Mana satu nak pergi sokong ni??

Sama tarikh.
Sama waktu.
tapi
berlainan tempat.

Princess,
Think wise dear..
Huhuhu, mana lagi penting?
Dua2 pun sama pentingnya ;(
Tolong..tolong...
Nak pergi sokong dua2 sekali boleh tak? 
[da taw tak boleh, tanya lagi..huhu. sure2 tak bleh sebab waktu yang sama dan tempatnya berbeza].

Hurm, i just don’t know.
Last2, terperuk dalam bilik.
Siapkan soalan tutorial dan tugasan pembentangan. ;(
tapi, rasa bersalah la pulak...

they need me!!
[eh2, they need me or i need them? Hehe~]
Ok2, I yang over excited nak pergi jadi cheerleader for both of them esok



January 22, 2011

::It's A Girl ^___^::

Salam.

Alhamdulillah. Pagi 19 Januari 2011, kak ngah princess dah berjaya menjalani pembedahan setelah sembilan bulan bersabar menanti kelahiran. [ada sesiapa yang share tarikh lahir ni??] Ada sedikit komplikasi sewaktu pembedahan tadi. Menurut doktor, usus terlekat pada rahim. jadi, doktor mengambil lebih masa untuk memisahkan bahagian tersebut, kemudian barulah bayi boleh dikeluarkan.

Oyeah, akhirnya anak buah yang ke-12 berjaya dilahirkan. Sempurna. 
It's a baby girl
Kami ingatkan baby boy sebab semasa dalam kandungan, baby ni sangat2 aktif. hehe. 

Hadiah untuk kamu cayang ;)

Chumel kan? tp ni bukan bayinya..lbih kurang la.she's still in ICU, so x ley nk amek gmbr ag.

Kami tetap bersyukur sebab semuanya dah selamat. Tapi, dia terpaksa diletakkan di Unit Rawatan Rapi. Kata doktor, baby tu kurang gula dalam darah. jadi, terpaksa berada di bawah pemerhatian. So, kejap je boleh tengok baby tu. Dia lemah sangat. [ hehehe, bukan princess yang tengok, tapi kak long princess yang jaga kak ngah kat hospital]. Sangat2 tak sabar nak balik rumah. Nak jumpa baby baru sebab dah lama sangat tak pegang baby. Kempunan.hak3. 

Baby, wait ea.. Tunggu maksu balik taw. 
Cuti Raya Cina nanti maksu balik jenguk kamu.

Nama untuk baby?
erm, belum ada. Kak Ngah minta cadangan..nama pilihan princess
Nik Nur Hanees Sofea :)
Cantek tak? hehe.
Hope she'll like it. Princess tak gtau kak ngah lagi. tunggu balik rumah dulu. Apa2 pun, kena tunggu jawapann dari abang ipar princess untuk pilih nama apa. Nama tu cuma cadangan dari princess ;)

Wait for me..tak sabar dah nak balik. Moga kedua2nya sihat, my sis n baby ;) Love you both.

~Sarangheyo~

::Meeting again and again::

Salam.

Hi semua! Dah lama princess tak menulis blog dan ber'blogwalking'...sangat rindu semua ;) Minggu lepas amat sibuk. Biasalah, hidup di maktab perguruan sememangnya banyak aktiviti.


16 Jan 2011

Ada dua perjumpaan @ mesyuarat penting:

Untuk pertama kalinya, perjumpaan semua pelajar PISMP Matematik IPG KDRI bersama Ketua Jabatan & pensyarah2 matematik2. First time jumpa keluarga besar kami. Hehe, agak teruja sekejap. Sebelum ni tak berapa kenal dengan senior2, sekarang barulah sedar..[ooo, itu senior ke?] [lahh, ingatkan unit sains..] hehe, macam2.

Agenda penting:
- Pembentangan pencapaian pelajar semester lepas
- Pembentukkan AJK untuk kelab Unit Matematik IPG KDRI

Perjumpaan kedua pulak, Unit Pengurusan Gerko. Untuk projek besar semester ni, kami terpaksa bergabung dengan uni2 laen. Sebanyak 7 unit akan terlibat dalam projek kali ni. Aktivit ape yang akan dijalankan? dan di mana? hurm, semuanya masih dalam perbincangan. Malam esok ada meeting skali lagi.




18 Jan 2011

Raptai penuh aktiviti merentas desa peringkat maktab. Agak kesemputan seketika. Dah lama sangat tak lari jauh2. Tapi nasib baik la sebab selalu jogging area maktab. Tahan lah sket. Yang betul punya 20 hb ni ;)

January 15, 2011

:: Math vs PSV ;D::

Malam yang sunyi sepi :) sangat bosan. Homework da ciap...ciap ke? hehehe~ bukan sepenuhnya.. Separuh jek..;p

Mathematics vs PSV [Pendidikan Seni Visual]


Bila cikgu math cuba2 nak jadi cikgu PSV..
eksperimen tak menjadi.
hohoho~


Hasilnya tak memuaskan hati sangat,
tapi bolehlah...
Sekadar nak menghabiskan kertas yang ada ;)
nak melukis tak pandai sangat,
[tapi sgt pandai menconteng..nota2 kuliahku penuh ngan hasil]
kalau bab2 menggunting2 kertas ni bolehlah...


Sebelum


***
***
***
**
***

Selepas
taraa..setelah dikenakan sentuhan terakhir ;p

Ok, itu sahaja untuk malam ini. Masa untuk tidur. Pagi esok kena bangun awal. Nak jog ;) Jom jog sama2 pagi esok k..




Selamat malam semua <3

January 14, 2011

:: Caket Mata Part 2::


Salam.

Okey…nak sambung pasal kisah caket mata.. Semalam dah ke klinik. Akhirnya ada doktor jugak doktor yang bertugas. Tapi lupa pulak nak usha nama dia..yang penting he’s soo nice ;)
Terima kasih jugak pada orang yang paksa dan hantar princess pergi klinik
Kalau tak, memang TAK NAK pergi check.

Lepas buat pemeriksaan, dapat manyak ubat..hehe~ manyak ke? 4 je pun. Paling kelakar, my rumate gelakkan princess sebab takut nak titikkan ubat dalam mata. 
Ambil masa 30 minit jugak la. 
 
Kecian dia, penat menunggu nak tolong titiskan ubat tu. 
At last, selepas berhempas pulas berjaya juga titis ke dalam mata ni.. 
Hehe, malunye..macam budak kecik je. Seyes takot. ;P 
Mengada aje lebih kan. Hak3. 

Hari ni dah ok. Dah tak takut dah. 
Dah boleh letak sendiri. Bukan apa, jarang sangat guna ubat mata. 
Lagi satu, ubat ni pahit. Memangla titik dalam mata aje, tapi ubat tu kan cecair...
jadi bila lebihan ubat tu melalui kerongkong, mula la terasa pahit mulut ni. 
Amat2 tak suka. Nak cepat baek, jadi terpaksa.huhu. 

Doktor tu cakap, lau tak sempat baek, Ahad ni datang ambil surat cuti. 
So, tak payah pergi kuliah. Cuti! Yeay!!

********************************************

 
tapi... Tak boleh. Tak boleh. 
Kena pergi kuliah jugak. 
Tak nak skip kelas. Nanti ketinggalan...

Ok, princess nak cepat baek. Doakan ya ;)

January 12, 2011

:: Caket Mata ;( ::

Salam.

Huk3..caket mata. Mataku membengkak hari ni. Sedar2 je dari tidur pagi tadi terasa mata sebelah kanan ni berdenyut2, sakit...huk3...lepas tu terus cari cermin..Yup, memang dah bengkak dan merah..macam mana ni? Dah la hari ni kena buat pembentangan dalam kelas Pn. Samsiah...

Hari ni teramatlah kelam-kabut...kesnya sebab bangun lewat, mata berdenyut2...then semuanya jadi kalut.

Tudung? Hmm..tak nak terletak dengan elok..
Kesannyaà tak yakin berdepan dengan orang untuk hari ni

make-up? Pakai ke?
Hehehe~ nope..

mata merah dan bengkak..macam mana nak tutup ni?
Takpe2, cermin mata baru princess yang besar gedabak tu mampu sembunyikan satu muka ni.Hahaha..

Pembentangan dalam kelas Pn.Sam?
Argh, tak sedia sebenarnya..hentam sajalah. Terangkan segala yang termampu. Tajuk kali ni ialah Babylonian Numeration System atau melayunya Sistem Pernomboran Babylon. Oleh kerana silibus matematik tahun ni dah bertukar ke bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu, jadi terpaksalah buat pembentangan dalam bahasa Melayu jugak. Teramatlah susah nak menukarkan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.. Princess akui, ia bukan kerja senang. Ambil masa tau. Adeh2.. tapi, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun tak banyak persediaan awal dan juga pemakaian tudung hari ni agak menganggu konsentrasiku dan...... mata pula asyik pedih...huhuhu..:D Terima kasih atas kerjasama rakan sekumpulan dan rakan2 sekelas. Tanpa kamu, siapalah princess kat depan tadi.

Mataku berdenyut tiap masa. Tak boleh nak tumpu dalam kuliah2 seterusnya. Tak selesa. Rasa macam nak cabut je mata ni, lepas tu letak jauh2..[hehe, boleh ke? Tak patot.tak patut. Sangat bersyukur sebenarnya kerana mempunyai sepasang mata yang mampu melihat. Tuhan belum tarik sepenuhnya nikmat mempunyai mata dari kita, cuma Dia uji sikit je dengan sakit..jadi, harus bertahan] Yeah, I can do it!! InsyaAllah~

Nak pergi klinik tapi mungkin esok kot. Petang tadi dah ke klinik tu, tapi doktornya pulak tak ada. Nak mintak beli ubat lak tak boleh..kena jumpa doktor jugak. Okeyh2, I promise..kalau esok pagi mata semakin teruk, princess MESTI pergi klinik. I need and i must!! Bukan apa, sekarang ni, mata sebelah kiri terasa sesuatu...macam ada simptom2 nak jadi macam mata sebelah kanan ni. Tak nak!!

Ada orang pesan, tidur awal malam ni...pukul 10 dah kena tidur. Waktu sekarang, 10.10pm.. ok2, nak kena tidur dah. Selamat malam semua. Mimpi indah.


January 11, 2011

::Sangat Teruja :D::

Salam.

Hehe, princess menulis lagi. Tak sempat nak menjenguk blog ni selalu. Tugasan yang mesti diselesaikan minggu ni agak banyak..presentation dah mula berlambak nak kena buat. huhu.. Alhamdulillah, sudah disiapkan setakat yang termampu.

Ok, berbalik kepada tajuk entri tu..
Teruja?? Kenapa ya?
Hehehe, it's just nothing.

Teruja dengar satu lagu ni,
GIVE THANKS
yang dinyanyikan oleh
Micheal Jackson @ Mikael Jackson..

Mungkin semua dah pernah dengar lagu ini kan? Princess je yang agak ketinggalan dalam bab2 ni ;D. Pertama kali dengar lagu Give Thanks sewaktu perhimpunan pagi dulu tapi tak ambil tahu pula siapa yang menyanyikannya. Then, semalam roommate princess pasang kat handphone dia...masa tu jugalah dapat tahu siapa penyanyinya.. Sangat2 tak percaya... Betulkah MJ yang menyanyikan lagu tu?? Betulkah? Macam tak percaya. Sebutannya sangat baik dan lagu itu sendiri sangat indah ;) Kalau tak percaya, jom hayati bait2 lagu ni..


GIVE THANKS

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.

Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.


Sangat suka lagu ni. Dah hafal dah pun dalam satu malam sebab dah berkali2 ulang. Yang peliknya, tak pernah jemu @ bosan. Alunan yang menenankan. Dodoi sebelum tidur ;)

January 9, 2011

::Serious nie,..::


Serious ni...
Yeah..Seriously princess sangat rindu KAMU SEMUA dan juga blog ni. :)
Kangan sama kamu..hehehe~

Kesibukan melanda disaat kembali semula ke alam persekolahan kuliah & tutorial..Kalau ada yang perasan, sudah 10 hari princess tak meng'update' blog yang tak seberapa ni.Sibuk dengan pendaftaran semester baru, orientasi, kelas & suasana baru, kemas2 bilik ..macam-macam lagi.Terima kasih sangat2 kepada semua pembaca yang sudi singgah di blog ini dan jugak follow walaupun dah lama sangat tak dikemas kini. Masa dan keadaan tak mengizinkan. Sempat baca shoutmix je, lepas tu terus tutup laptop. 

Tahun baru, dan semuanya juga baru. Terlalu banyak perubahan yang berlaku...tak mampu untuk diperkatakan satu-persatu...segalanya berlaku segala mengejut. Aduh. Tenang2, sabar..sekarang ni dalam proses menerima setiap perubahan itu dengan sabar dan ikhlas. InsyaAllah. Yang penting, KUAT!! Senyum walau apapun yang berlaku. I'll try my best. Fighting!!

senyum ^_____^


p/s: Kepada semua pembaca, terima kasih sebab singgah. Sila tinggalkan link ada dibahagian shoutmix tu, then princess akan pergi jenguk blog anda juga. InsyaAllah~

January 1, 2011

::Selamat Datang 2011 ;)::

Salam semua.

Selamat Tahun Baru 2011..
Entri pertama tahun ni ;) 

01.01.11
Cantekkan?
Semuanya satu dan umur pun bertambah lagi satu tahun.
huhuhu~
Umur bertambah tak bermakna tua, cuma bertambah dari segi kematangan. 
[cewah, padahal nak cover tak nak mengaku dah tua ;p].. 

Ada beberapa berita gembira sempena tahun baru ni..

Yang pertama sekali,..at last dapat call my best friend kat Warwick, UK tadi. I miss her soo much ;) Akhirnya dapat juga borak-borak panjang. Panjang ke, rasa macam sekejap je. Biasanya chatting dan mesej melalui facebook & ym. Tapi tadi sempat ber'webcam' melalui skype. [thank you Skype ;].Kebetulan dia tengah bercuti. Winter break. Asyik keluar jalan2 ajelah. Yang terbaru sekali melawat di Madame Tussaud.. Amat2 jeleslah. Ambil gambar dengan celebriti Holywood..[walaupun hanya patung lilin tapi cool lah ;)] Paling teruja sekarang musim salji. Bestkan... Kat Malaysia ni tak dapat merasa. Dengar cerita sudah. Yeah, i'm soo excited lah ;) Teruja campur rindu sesangat2. Ingatkan boleh lepas rindu, tapi rindu tu semakin menjadi-jadi lak. Adehh. Bersabar sajalah. Tahun depan baru dia balik sini. I miss you, Tia. [sorry i cilok pic u..u tak marah kan ;D]






Dan satu lagi berita gembira, kakak kawan baik princess, Yaya, sudah selamat melahirkan anak sulungnya tepat jam 10.09 pm tadi. Jadi tarikh lahir dia = 31 Disember 2010 ;) Cantik jugaklah. Doktor jangka 1 Januari tapi tak kisahlah asalkan kedua-duanya selamat. Syukur, Alhamdulillah. It's a baby boy. :) Tahniah!! Makin bertambah anak buah, makin tua lah kamu ya. ;p

Syukur sebab tahun ni bermula dengan baik dan penuh dengan kegembiraan. Diharap semua ini akan kekal. InsyaAllah. Semoga dijauhkan dari perkara2 yang tidak diingini.

Semester baru bakal bermula Isnin ni. Pukul 8 pagi nanti princess dah nak bertolak ke tempat yang sepatutnya. Mungkin selepas ni agak kesuntukan masa nak meng'update' blog tercinta ni. Masa untuk fokus pada pelajaran, kuliah, buku2, tugasan yang akan mula menimbun, kuiz, ujian...macam2 lagi. InsyaAllah princess sudah sedia dari segi mental dan fizikal. Moga2 semuanya akan berjalan lancar ;). Sangat2 berat hati nak meninggalkan rumah & keluarga tercinta. Lebih2 lagi nak biarkan mak & abah tinggal berdua je. Risau. I'll miss both of you, mak and abah ;(...sob3...berat hati ni... T_T..

Oklah, tak nak emosi2 sekarang ni. Nanti melarat sampai esok pagi lak. Nak sambung kemas barang2 lak. Hehehe~ sempat lagi berhenti kejap sebab teringat nak tulis blog ;) Semoga tahun baru ni dilalui dengan indah dan penuh dengan kegembiraan ya!!

wassalam.