December 17, 2011

A Gift :)

Salam.

Ok, i'm too excited. Got a birthday present from my beloved mom :) thanks. Janji akan jaga elok-elok. InsyaAllah. Maklumlah anak mak yang sorang ni kasar sikit orangnya. Nampak je lemah-lembut. Hehe, tertipu semunya. Kawan-kawan rapat saja yang tahu betapa kasarnya saya. Kan2? OK, stop merepek.



Terima kasih mak. I need it soo much untuk semester depan. Yang lama da tak boleh pakai dah. Huhu. Poket pun kering da hujung-hujung tahun ni. Nasib dapat yang baru. Thank you soo much mom. :D Apa hadiahnya? ade laa..

Ok, masa untuk minum petang. Got to go.
tq sudi baca. salam.


December 12, 2011

one year older :)

Salam.

Hampir dua bulan meninggalkan dunia blog. Terlalu sibuk dengan pelbagai urusan ; minggu study, minggu peperiksaan akhir, urusan keluarga dan macam-macam lagi la. Lepas tu ditambah pula dengan laptop masuk bengkel pulak. Aduhai. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ujian. Sekarang ni terpaksalah hidup meminjam laptop anak-anak buah. Huhu. Dengan tak malunya,"Maksu pinjam boleh? boleh la ea?" Ehehe, bukan main susah tau nak pinjam. Kena pujuk rayu segala. Macam kena tunggu turn dekat bank. Kena ambil giliran, ok. Baru adil.

Ok2, berbalik pada tajuk entri. Alhamdulillah, semalam usiaku dah pun mengijak 21 :) opps. Tak apalah, tiada rahsia ;) Tua atau muda tu tak penting. Paling penting MATANG! Usia dah meningkat, tapi kematangan tu belum dicapai. :( Bilalah anak mak & abah ni nak sedar, kan? ish2.

Harapan/wishes untuk birthday kali ini, moga dikurniakan takdir yang terbaik dan semoga diberi kekuatan yang menempuhi segala ujian dari-Nya. Amin.

Kepada semua yang telah menghantar ucapan melalui sms, panggilan, facebook, secara langsung dan tidak langsung...terima kasih. Buat family tercinta, kakak-kakak, bonda dan anak-anak buah, terima kasih atas sambutan semalam. Makan besar gitu :) Oklah, got to go.  

Happy 21st Birthday !

p/s: Kepada sesiapa yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Disember ni, Selamat Hari Lahir ya! Moga sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya. Insya-Allah. Amin. Untuk blogger yang lahir pada bulan Disember ni, i have something for you. Hanya tinggalkan komen, tarikh lahir dan email pada entri entry ini. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan pada hari lahir kali ini. Terima kasih.

October 31, 2011

mode : mahu study :D

Salam.

Alhamdulillah. Yeay! Malam ni tak hujan lagi setakat ini. Dan keadaan tak sesejuk semalam yang memang rasa macam nak beku. Mahu tertidur kalau nyaman sangat keadaan kat sini. Huhu. Oh tidak ! Saya mahu study! Emm, jap2, study ke? Ehehe. Jap eh. 
Nak tulis-tulis sini dulu. :D


This is one of my textbook : my 'fav' subject.
Murid dan Alam Belajar.
I'm a teacher-to-be. So, memang wajib ambil subjek ni.
Seriously quite boring. Opps. Sorry. That's the truth. 
And that's why my major course is Math, sebab saya tak suka membaca + menghafal.

Dengan ini, saya penuntut tahun 3 (PISMP Sem 2), IPG [which is stand for Institut Pendidikan Guru] nak memulakan sesi ulangkaji. Huahuahua. Final exam dah dekat. Tapi raya lagi dekat. hehe. Raya dulu lah kan. :D 

Tak boleh nak beraya sangat lah tahun ni. Huhu. Boleh aje. Dengan syarat, bertemankan buku-buku. Dah nama duduk kat rumah, sah-sah tak akan sentuh buku. Never. Haha. Liat la sikit. Bukan sikit, tapi banyak. haha.

Ok2, got to go. Buku tu dah memanggil-manggil dah untuk di baca. Dan dalam masa 10 minit kemudian, selamatlah saya ke alam mimpi. Hehe. I mean tertidur. Ok, selamat malam semua. ;)

October 30, 2011

Di saat menerima ujian dari-Nya

Salam.

Selamat pagi semua ! Pagi yang sangat indah dan tenang. Bunyi kicauan burung disulami dengan suara-suara katak yang tak henti-henti memanggil hujan. Semalaman hujan. Keadaan di sini sangat sejuk. Selsema sudah. Selimut + baju sejuk + cetokin, masih tak dapat menampung kesejukan. I think, i need hot drinks! Hot choc maybe ! heee, angan-angan aje lah. Pagi semalam masih di rumah. Hari ini, back to hostel. Semua dah kehabisan stok makanan sebab dah hujung-hujung semester. Malas nak kuar shop for some snacks . Nantilah. Masih berbaki 2 minggu sebelum cuti hujung semester. Oh, sebelum itu, terpaksa wajib berhadapan dengan final exam dulu !

Ok, back to the post title.
Here, i have something to share with all of you.

10 surah yang dapat membantu kita 
disaat menghadapi ujian besar Allah. 
InsyaAllah. 


Benda baik harus dikongsikan bersama. Sama-sama kita amalkan. :)


you're a part of me and still.


Yes, and i mean it.


October 20, 2011

:: truth vs lie ::


And I choose to tell you the truth.
I'm sorry. i need to tell the truth even it's hurt you. Lying can make this thing even worst. Sorry. I'll make sure everything will turn back to normal. I'll fix it. It's my fault. Just wait and trust me.


October 16, 2011

bersedia?

:)
1. Seminar & pameran Literasi Bahasa.
2. Seminar BIG : Angkubah Kecemerlangan Pendidik Berkualiti..

bersediakah aku? Apa-apapun perlu bersedia fizikal dan mental sepanjang minggu ini, minggu kuliah terakhir.

Mode : Menghitung hari untuk pulang bercuti selama seminggu bermula hujung minggu ini. I just cant wait. Need to settle everything first before going back to Besut. :)


October 12, 2011

October 11, 2011

~ An Inflammation ~

Salam.

I've gone through this phase and i just realized about it. 
It's not easy. I'm afraid that I can't stand with it any longer.
Yes ! This is the only choice that I have for now.
I need to be strong. Stronger than before.
Inside and outside.


YOU're always by my side.
Thank you, Allah for giving me this wonderful opportunity of life.
I will appreciate everything even more after this.

October 9, 2011

Y.O.U

The one,
that can't be replaced,
the one,
that always be by my side, 
the one,
i'm waiting for
and i love the most...
I'll remember you till i die.

I love you ♥.


*p/s : thanks for the lovely poem. Really appreciate it. 

| oncall |

Salam. 

Sangat sibuk kebelakangan ini. Biasalah, hujung semester...oncall mengalahkan doktor. huh. Ok, tipu. ;p Tak ada lah sampai menganggu waktu tidur malam cuma kadang-kadang tu rasa tertekan sebab segalanya adalah arahan. Mesej + panggilan. Kena alert tiap-tiap masa ok. Paling tak tahan bila dapat arahan dan diminta untuk bertindak SEGERA ! SEKARANG ! URGENT ! WAJIB ! huhuhu. alahai.


Cerita hari ni, lepas kelas pagi tadi terus ke cafe dan beli nasi sebungkus then balik bilik. Kelaparan yang amat sebab tak breakfast. Amali & test punya pasal lah ni. Baru je jamah makanan dan sedia untuk suapan pertama...terus dapat panggilan. Dalam hati, nak angkat ke tak, nak angkat ke tak ...ok.ok. tolak tepi jap makanan tu, jawab panggilan tu lagi penting. Mungkin panggilan penting dari seseorang kot. hmm.

"Assalamualaikum. Ada kat mana tu? Em, Puan N****** dari Jabatan Matematik nak jumpa. Sekarang juga."

Oh.no. Ok, fine. Makanan? Terus tutup balik, dan tolak tepi. Cuci tangan, bergegas ke jabatan dengan perut kosong. Mahu tidak mahu, tanggungjawab didahulukan. Itu yang lebih utama. Lebih penting. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi amanah ini menjadi tanggungjawabku. Lepas ni, i'm free. yeay ! Alhamdulillah. It's not because i hate it, it just...ok, tak ada alasan.

Kepada yang bertuah yang akan memegang jawatan ini semester hadapan, be ready ! fizikal & mental kena kuat ! Ceh, bajet macam nak masuk askar pulak. Apa-apa pun, semoga berjaya buat anda ya.


October 8, 2011

it'll never be the same anymore . . never . .

Everything goes wrong..lately..nope..always.. I've no reason at all. It is just about time. It's hard to understand ones feeling, even my own. Hardly deal with my own mind, feelings.  I don't understand why, what, and how. What i've in mind for now, i think, it will never be the same again.

Like a paper. Once it crumpled, it will never be the same again.

sama jugak macam gelas.

Gelas kaca. Sekali ia pecah, ia tidak akan kembali seperti asalnya.

Ok2, kamu mungkin tidak setuju. Kaca tersebut boleh menjadi gelas kembali. Ya, saya mengaku. Dengan bantuan gam. UHU, gam cap gajah, gam 30 second. Kaca tersebut pasti menjadi gelas kembali.

Tetapi, adakah kamu sedar bahawa, pada gelas yang dibentuk kembali tersebut terdapat garisan-garisan yang tidak sedap mata memandang. Garisan rekahan. Tempat cantuman ditampal comot gam yang melekit.

Tidak lupa juga, kita pasti terlepas pandang pada sesuatu. Jangan melihat pada rupa luaran gelas sahaja, tetapi nilai pada ketahanannya pula. Cuba tuang sedikit air ke dalam gelas tersebut. Hasilnya, jumlah air akan makin berkurangan. Tahu kenapa kan? Lagi satu, gelas tersebut mungkin kembali retak kerana tidak mampu menahan tekanan air lanjutan kesan cantuman tidak begitu kemas.

Kesimpulannya, ia tidak akan menjadi seperti sediakala walaupun kelihatan hampir sama seperti yang sebelumnya. Ketahanannya sudah tidak sama. Never be the same again.. 



October 6, 2011

U A K ? tamat sudah :D


Salam.

Yeay! Alhamdulillah. Syukur. Baru sahaja tamat menduduki UAK. UAK? Apa tu? Ujian Ala Kadar :) ehehe. No. No. No. Ujian Akhir Kursus lah. Untuk semester ini, ada tiga kertas wajib untuk UAK ; Literasi Bahasa, English Language Proficiency II dan Literasi Nombor. Semuanya jawab ala kadar, sebab study pun ala kadar. Tidur memanjang aje malam nak exam tu. Entah kenapa mata memang nak tertutup je, plus kepala berdenyut-denyut. Adoyai. 

Fuhh, lega kejap. but, hello ! tolong sedar ya. Ahad ni ada test oke ! Jangan buat-buat lupa pulak. CPA. CPA. CPA? Apa kebenda pulak tu? ok2. Dalam entri sebelum2 ni dah diterangkan. CPA tu, Critical Path Analysis. Test Matematik yang disediakan oleh Puan Samsiah, pensyarah Matematik Keputusan (Decision Mathematics) yang tercinta. So, weekend ni tak boleh nak bersenang-lenang ye. Harap maklum.

Haa, berita paling gembira hari ni, saya nak balik rumah ! yeay ! at last, after 1 month. Even jarak rumah sejam je dari hostel ni, tak sempat jugak nak balik. Banyak halangan. Huhuhu. Sedih betol. Doakan saya bersama rumate tersayang selamat sampai :) anyway, this week kami balik bersama oke! Bersantai di rumah bersama. Rinduuu rumah ! Mak, nasi ayam pleaseee.. *wink.wink.

ok2, mahu packing barang. Banyak jugaklah. Baju mucuk, nota CPA and laptop forsure ;) tak lengkap tanpa laptop..hee.


Ok, salam. 
Take care semua. ^____^


October 5, 2011

i need u :)

Better than all alone. 
Walaupun bukan semua perkara dapat kita kongsi, 
at least we still can share something.

mode : sepi .




October 3, 2011

my dad, my hero

Entah kenapa hati sangat merindukan abah saat ini, Moga abah sentiasa sihat hendaknya. dan moga abah tahu bahawa anakmu ini sentiasa menrindukan dirimu dan sentiasa mendoakan kesihatan abah.


I miss u, Abah. So much. T________T 
tak sabar nak jumpa abah dan tunaikan janji Ah pada abah.



not a good liar

Hurm, everything goes wrong lately. Segalanya datang bertimpa-timpa. Ujian dari Allah. Mula dari masalah peribadi, rakan, kereta, perhubungan, kelas + kuliah . .dan banyak lagi. Satu persatu datang bertandang. Ya Allah, kuatkan hambaMu ini.


Em, ok, i'm not a good liar. Segalanya terpancar pada riak wajah. Resah, marah, geram, tak tenteram, kelam kabut, kusut masai segala. . . semua orang nampak! Yup, tak tahu macam mana nak sembunyikan. How hard i try, smile widely . . . masih tak dapat menutup apa yang dirasai. I'm so sorry. You guys terpaksa tengok muka masam mencuka ni tiap masa.

Plus, swinging mood sekarang ni. Sampaikan pagi tadi, waktu kuliah, ada seseorang ciut bahu dan tegur waktu bertembung dengan dia..

"Kamu... senyumlah sikit.."

Ok, nampak sangat tengah kusut. Adoyai. Argh, kenapa semua orang nampak! Ok, esok, kena cuba senyum lagi lebarlah ni,. like this ^____________^ . Cukup lebar tak? huhu. Mengarut aje kan.

Orait, got to go. Perlu siapkan rumusan kehadiran. Dah janji nak hantar kat HEP esok hari. Ok, nytes! :) Sweet dreams yaw.



October 1, 2011

guys, i'm sorry

Salam.

Ok, first and foremost, saya nak mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan sewaktu membentangkan permainan kecil hari khamis yang lepas. I know, mungkin ada yang terasa. Sorry, I can't help myself dari terjerit-jerit kat tengah-tengah padang. Sangat cuak time tu oke sebab keadaan dah jadi huru-hara dan out of control. Dan semua orang sangat excited bila jumpa kain batik + bola. Semua nak try lambung dan buat jaringan. Aigoo. Tak salahkan korang. Saya yang lemah dalam class control. Jujurnya, memang itu kelemahan saya. Macam mana la bila betul-betul mengajar nanti.

"Sila berada dalam gelung masing-masing!"

Wisel dah tak ada kesan masa tu. So, terpaksa guna suara untuk tenangkan semua orang. It's uneasy. I surrender okay. Tak suka bila terpaksa menjerit-jerit. :(

Kepada teammates pulak, i'm sorry too. Segalanya tak dapat berjalan dengan begitu lancar. Tidak seperti yang diharapkan. Anyway, good job! At least, kita dah cuba untuk buat yang terbaik kan? Sangat bangga dengan kamu semua :)

Tidak lupa, thanks a lot kepada semua rakan MT1 & MT2 yang telah berikan kerjasama sewaktu pengelolaan berlangsung.

:)


September 29, 2011

nervous .

Yes i am. Esok, 29 Sept 2011, hari yang agak penting. Amali 2 untuk subjek Pergerakan asas. Tugasan kali ini, wajib kelolakan satu permainan kanak-kanak yang ambil kira semua segi. Yang paling penting, faktor KESELAMATAN ! ohoho. So scared. Seyesly tak confident sangat. Sebab rasa macam permainan yang kami pilih tu tak cukup selamat. Kami kumpulan yang kedua yang akan present esok. huhu. Tarik nafas dalam-dalam. Sedut. sedut. sedut. Susah nak lepas. Takut ada lecturer PJ yang tetiba datang tengking-tengking secara mengejut. Saya boleh terima teguran. Cuma cara teguran yang di sampaikan tu hendaklah dengan cara yang betul dan bukan mencari kelemahan dan maki terus. Yes, we're not perfect. That's way we learn to be perfect. Almost perfect. At least we're trying. Bukan duduk sahaja. Tercongok + ternganga. Kami sedang berusaha. Tapi tak siapa yang nampak usaha yang dilakukan. It's uneasy.

Permainan kami,
Express Blanket Ball.

Pelan lantai permainan :D

Hope everything goes well. ^^ and hope semua peralatan esok mencukupi. Pray for me and my group members okay. Nyte all !

September 28, 2011

nightmare !


Argh!! Why?

Diekori . titik .

Lelaki? Ya, yang itu sememangnya wujud. Tapi itu dulu and it's normal lah kalau berlaku pun. But, for now, case dia lain sikit oke. Kali ni perempuan. Les? No, no. sorry. She's not. She just want to be my friend, maybe. She's alone. Tapi, saya tak boleh terima dia. Setakat kawan ok aja. Tapi sampai nak mengekor ke sana sini tu, dah jadi tak berapa ok la kan. Ok, fine. Kejam kan? Saya mengaku. Memang terkadang tu sangat kesian kat dia sebab nobody wants to be one of her friend. 

Hmm, kadang-kadang, tertanya jugak sebab musabab people treat dia macam tu. Saya tak terkecuali. Besar sangat ke silap dia sampaikan semua tak mampu untuk maafkan?. Even I can't answer my own question. I just don't know why and i'm sorry. She's weird, and sorry to say, quite annoying for sometimes. I can't accept that. Tak sampai hati untuk berterus-terang. Just keep it shut selagi dia belum masuk campur dalam personal life saya. that's all thank you. Hope kawan-kawan yang lain turut memahami situasi sekarang ini.

Nota  kaki : She's one of "My BFF Wannabe!" huhu. Kalau betol, tak ada bff pun tak apa lah. Saya tak boleh terima. Maafkan saya.


September 26, 2011

concussion.

Akibat hantukan yang kuat. Hurm, boleh menyebabkan switch off memory. Hilang ingatan jangka pendek. Dan mungkin juga jangka panjang. Argh, sangat menakutkan. What if hilang ingatan jangka panjang? Oh, i just can't imagine. Hope everything will be ok. Tiada darah beku atau apa-apa kesan dalaman yang lain. We'll pray for that.

Ok la, time to sleep. Nyte :)


September 25, 2011

hey, imy ✿


nyte, honeybee 


#1st Batch Pop-up Cards : LOVE

Salam.

Ok, i'm soo excited to introduce to you, my very first batch of pop-up cards. My handmade. There are 5 types; Parallel Fold, Parallel Stick On, Angle Fold, Angle Stick On and Slides/Pivot. Actually, there are seven types of them, 2 more, boxes and, ..uhh forgot. We just need to choose 5 types, and we have to make 1 from each type. So, total = 5. but I made 6.

Oh, forgot, again, it's actually my math's assignment. Topic : Paper Engineering. Hmm, is that related to Mathematics? Erm, yes, maybe. I thought so as we used all the measuring skill just to measure every detail/inch of the card in order to get the perfect pop-up cards ! Aigoo~ seriously, it's easier said than done. T___T. 

What ever it was, i love to do it. I chosed 1 theme, theme that really close to me, LOVE . About the color, forsure RED, then black, chocolate and cream. Yum. Like an ice-cream. I've put some character into each of them, HIM & HER 

Here some pictures ~ enjoy ya !

Angle Fold Card
"Will You Marry Me"


Slides/ Pivot Card
"How I Spend My Life With You"

"Take My Heart Away"

Parallel Stick On Card
"A LOVE Message"

Parallel Fold Card
"Lolipop of Love"

Angle Stick On Card
"HIM & HER"


p/s : Each of them has their very own story. Can't be explain through words. As it's WORDLESS ! :) Hurm, just thinking about . . . BUSSINESS..selling pop-up cards. Oh, not ready for that. 

Ok, till then, night peeps. Sweet dream ;)
Thanks for reading.



September 24, 2011

CPA : killing me softly ~

Salam.

CPA in progress. Seriously rasa nak termuntah oke. sakit mata tenung lappy ni lama-lama. It's not about the lappy. Bukak facebook berjam-jam tak apa pulak. It's about the data. Thousand of numbers. Please, gimme a paper bag, going to puke ~~~ Loya, loya, loya . . .Nampaknya, kena rest ni.

ok la, mahu keluar. Nak kuar cuci mata & cari makan. Dinner for today ? Don't know yet.

Ok, gotta go :) take care.


September 20, 2011

separuh mati . . . adoi =,='

just because of this :

my first ABM. actually, our first ABM. group work.
named,
'Kalendar Abjad'.

Amacam? ok tak?
hurm, no so clear.

Ini sahaja yang sempat di'snap'. Keadaan sangat kalut + kelam-kabut + ribut siang tadi . . Akhirnya berjaya disiapkan. Walaupun tak canggih, tak besar, tak hebat, but i'm still proud of it. At least i've done something. i've put all my efforts on it. Hope it's worth it.

Nampak aje simple, tapi sangat rumit untuk dihasilkan. Sakit-sakit badan nak siapkan. Tak kesahlah walaupun tak hebat. Lagipun bukan major subjek dan bukan juga elektif untuk semester ini. Asalkan menjawab soalan tugasan serta memenuhi segala kriteria yang diperlukan. Bajet pun rendah je. 

Ini adalah gara-gara KKP, Kerja Kursus Pendek Literasi Bahasa.
Terima kasih yang tak terhingga buat rakan sekumpulan yang sama-sama tak tidur untuk siapkan ABM ni. Maaf juga atas segala salah silap. Lepas ni kita buat kira-kira bajet pula ok. 

Pembentangan bersama Encik YM Tengku Faizul pun sudah selesai. Alhamdulillah. Quite ok. Not bad la. "Ada nilai komersial." Terima kasih. Berbaloi jugalah. Tahniah juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang berjaya hasilkan BBM yang pelbagai dan sangat2 kreatif. Cayalah korang semua. Nanti bolehlah bukak kedai jual BBM pulak.

Ok, sampai sini sahaja. Need to finish up my models. Still got 4 types more to finish up. Wish me luck k! I love them all, tetraheron, icosahedron, octahedron dan dodecahedron. wwuwu. Nyte peeps :)


September 15, 2011

bukan dia sahaja, tapi mereka juga ~ saranghae ♥

Salam. woot..woot..ini adalah trade mark salah sorang blogger femes. Pinjam jap eyh. ;p

Ok, pengumuman.. pengumuman. Sila beri perhatian semua ya. hehe. *ok, gedik sket.

Menjawab kepada pertanyaan salah seorang kawan.. 

kawan : awak sayang dia sorang je ke?"
me : eh, tak lah. semua pun saya sayang. nape tanya macam tu?
kawan : yeke..nampak macam sayang dia sorang aje.
me : emm.. *speechless.

Yeke macam tu? Ok, sebelum tu nak beritahu, dia itu merujuk kepada salah seorang anak buah saya ok. Bukan BF. She's Hanee. 

Berbalik kepada sayang atau tak . . . Mungkin nampak macam tu sebab selalu sangat update gambar dia je. Sikit-sikit Hanee. Korang perasan tak? [heh, bajet orang amek tau pasal kita pulak.]. Hmm, mana taknya, semua anak buah dah besau. Tak nak bergambar. huh. Kesian mak su dia nih. =,=' Harapkan Hanee je la.

Dengan suka citanya kat sini nak introduce you anak-anak buah I :) yang comel-comel semuanya. [ em, sorry, tak ada gambar. i'll try to snap later on.] Nama je la kan.

Ok, tarik nafas dalam-dalam dulu ..and go..

#1st sister
Nik Zulaikha Yasmine (Ika)
Nik Zulfaqqar Najmie (Abe)
Nik Zulfaqqar Hakimie (Kimi)

#2nd sister
Nik Nur Iman (Iman)
Nik Nur Dalila (Dilla)
Nik Nur Tasneem (Taneng)
Nik Nur Dini (Dini)
Nik Nur Huda (Uda)
Engku Nur Hanee (Hanee)

#3rd sister
Nik Muhammad Adham (Am)
Nik Muhammad Arfan (Apang)
Nik Nur Afrina (Erin)

#4th sister
it's me lah. tak kawen lagi. teddy bear ada la. hehe.

Sangat ramai bagi mak su yang awal 20-an ni. 12 orang semuanya. Tapi sorang je terselit 'engku'. Peraturan pendaftaran baru. adoi ~ nak jaga keturunan kot. takut pupus/ hilang terus pangkat ni. 




Apa-apa pun, i love them all. sama rata, sama adil. tak lebih, dan tak kurang.






paling riak oke ;)

Salam.

Merujuk pada tajuk entri , pernyataan yang kawanku ditujukan khas untuk diri ini.. Paling riak. Riak? kenapakah?? Sungguh tak faham. Tak lama lepas tu, ok fine. dah paham.

Riak merujuk kepada bekas toiletries ku yang paling besar gedabak parking atas sinki dalam toilet tu. No need to mention lebih-lebih. Ok, so sorry. Seriusly tak dapat nak buat apa dah. Bakul toiletries tu memang sebesar itu. Maaf sebab dah sempitkan ruang korang semua. i'll try to reduce it.

Besar tak besarnya bakul tu macam-macam benda boleh letak kat dalam. Ngee. 
nak listkan ke? okay. i memang tak ada kerja sekarang ni ok. 

1. Johnson's Shower cream. honey. 750g
2. body scrub GV. 750g.
3. shampoo LP. medium
4. conditioner LP. medium
5. shampoo again. H&S. large punya.
6. facial foam. A**** . 2 tiub.
7. toothpaste - whitening
8. toothpaste - for sensitive teeth.
9. toothbrush. 2 pairs.
10. last but not least. mouthwash.listerine. large.

 err, maybe bagi korang tak banyak sangat kot. For me, ini dah cukup banyak dan berattt. Agak penat jugaklah nak mengangkut bakul ni ke hulu hilir time nak mandi. Tak ape. Senaman ringan sikit sebelum bersiram. Life kat asrama, memang nak kena mengangkut. Lain la kalau tinggal kat rumah sendiri. Nak decorate satu bilik air dengan toiletries pun tak pe. Hehehe. melampau da tuh kan. ;p


Nota kaki: entri di kala diri melayang-layang. Sedang menikmati masa luang sebelum mulakan tugasan baru. Next submission date, on Sunday 18th. Aigoo~

September 11, 2011

jaga hati.

Malam-malam begini susah pula nak lelap. Esok hari pertama kuliah sebaik sahaja tamat PBS. Teringat sesuatu, dan terus luahkan pada blog ini. Entri, jaga hati..just to remind me. Not to be so sensitive. Bersabar ! Yes. Kadang-kadang bukan salah kita. I've try to be  to the best, to take care others feeling... but they won't. Orang tahu jaga hati kita ke? Nobody is perfect. Sometimes, I can't stand with it anymore. Feel like an idiot, to wait for something that I know I can never have it. So, i will do it on my own way ... so that nobody will get hurt..not you and not even me.

Nota kaki : Pengajaran hari ini, kalau buat sesuatu, jangan berharap pada balasan..walau sekecil mana sekali pun. False hope sangat menyakitkan. yes, it's really hurt. Sakit tahu. 


September 10, 2011

~ happy anniversary ~

Dear you,
Happy Anniversary !
1st? second? third?
ngehehe~ dont know ;p

Just for you dear :


emm, forgive me for what i've done wrong.
and i hope our relationship will last forever.
Really hope so.

and,
thanks for the gift.
i didnt prepare anything. so sorry.
anyway, i love it soo much. thanks dear.
what a suprise !

nota kaki : maaf. post ini dibuat terlalu lewat. Maknanya masih sama. Love u :D

September 7, 2011

Raya : Third day ! with Hanee.

Some pictures, on the third day of raya.
Location : Kak Ngah's home, Engku Norisah.
with Engku Nur Hanee ^^



Hanee & Dalila :)



Nota kaki :  Sama cute, sama chubby. :)

Raya : Second day ! with FANTASYZ ~

Salam Lebaran.
Still dalam mood raya okay.


______________________________________

Events:

1. Open House : Engku Elisa

Nasi minyak + mee sup

2. Rumah Cikgu Kamariah

Rendang + ketupat + nasi himpit

3. Open House : Che Mohd Daniel / Cikgu Rohana

sate + soto + mee sup

_______________________________________

Jalan-jalan, makan-makan.
Berat bertambah. Pipi makin tembam. ;p

Nota kaki :  Thanks everybody for coming. 
And Tia Yaroe, thanks for the souvenir from UK.


August 29, 2011

Salam Lebaran :)

Salam Lebaran buat semua.

Hari ini 29 Ramadhan..esok bakal menyambut Lebaran 1432H. 

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya, terkasar bahasa, menguris hati rakan sekalian..maafkan saya. Sememangnya banyak kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun ini.

Selamat hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Dua tiga hari ni agak sibuk mengemas, buat biskut, lap pinggan mangkuk,..tak berkesempatan untuk mnegupdate blog. Sekarang get ready bahan untuk bakar lemang malam nanti. hope tak hujan.

Ok, selamat berbuka, dan selamat hari raya. Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. InsyaAllah.


*p/s: uwaaa...baju raya tak siap ag. wuwuwu~~

dear yaya ^____^


Salam.

22 Ogos yang lepas, merupakan hari lahir seorang teman tersayang. Dah menginjak 20-an dah. Selamat menempuhi cabaran usia 20 :D Cabarannya memang tak sama. *cewah..ayat orang berpengalaman. biarpun setahun aja bezanya. :p. Dan dia ialah Fakhirah, atau panggilan yang lebih manja lagi ialah YAYA mucuk ;p

Saat pertama perkenalan kami, 10 Ogos 2009, hari pendaftaran pelajar baru :) Masing-masing muka innocent je dengan baju kurung putih dan kain hitamnya..hehe. Ketika itulah saya mengenali si gadis comel dengan senyuman manis ni. Kalau dia serius, fuhh, sangat menakutkan ~ grrr. sembunyi muka. takut kena marah. Apa-apa pun, dia sangat sweet + manja. Maklumlah, anak bongsu. *actually, lebih kurang je kami. tapi saya lebih teruk kot. ngeee~

oklah, nak beri sedikit ucapan ikhlas dan secara rasminya di belog ini:

Happy Birthday yaya ! 
Moga kamu memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta dikurniakan takdir yang terbaik.  Happy to have a friend just like you. Hope our friendship will remain forever. Sayang kamu. xoxo.





August 25, 2011

drumstick

Drumstick? yes.

Saya ada. Awak ada tak? mesti tak ada kan. ;p

wuwuwu, ini bukan nak berbangga. tapi kecewa. Opps, bukan tidak mensyukuri nikmat tuhan. Cuma saya yang tidak menghargai apa yang dikurniakanNya. tak jaga elok-elok.

Time makan tak ingat dunia. Macam pelik je statement tu? Masa makan tu taklah banyak, cuma kurang bersenam secara serius. Bulan puasa ni sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain bila cakap pasal makan. Tak banyak, taklah sikit sangat. Sedang-sedang saja.

Oh drumstickku, bila nak mengecil ni? Or ada sesiapa yang nak tak? Nak kasi ni. :D Sah-sah tak ada orang yang nak. Tu pun buat-buat tanya lagi. Haih.. Ok, banyakkan berjalan, jogging, senaman ringan. Bukan senang nak mengecil, dan bukan susah nak membesar. Depend on me, myself. Kena tekad ! Huh, time ni je semangat. Tunggu time berbuka nanti, bagai hilang ingatan dah. Lupa dah semua janji-janji tuh. Adehh. .tak lain, tak bukan.. itulah saya.

Ok, got to go. Masa untuk packing barang. *sambil dengar lagu raya. Esok dah start cuti raya. So, jom balik kampung ! Kepada rakan taulan yang nak pulang beraya tu, hati-hati di jalan raya. Hati-hati bawak motor, hati-hati memandu, dan hati-hati juga naik bas. Sampaikan salam saya buat semua di kampuang. Take care ya ! Selamat bersahur dan selamat berbuka bersama keluarga tercinta. dan Selamat Hari Raya !

oh, ho, ho, ho, balik kampung, hati girang . . . .

Wassalam.


August 23, 2011

L.O.V.E




August 22, 2011

Doodle Ramadhan :)

Salam.

Haa, hari ni nak share doodle Ramadhan yang sangat comel yang direka khas 
oleh Brotherhood Arts. 
Jom klik fanpage dia di laman sosial Facebook.

Awalnya rahmat .










Pertengahannya maghfirah .










Penghujungnya pembebasan 
dari api neraka .











Moga ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua 
dan semoga kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
InsyaAllah. Amin.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa + Selamat Berbuka juga ^^