December 29, 2010

::Penting ke diari??::

Salam.

Princess tak boleh nak lelapkan mata pulak malam ni. Sambil blogwalking tadi, tiba-tiba teringatkan sesuatu. DIARI!! Yup, diari ataupun buku catatan harian. Memandangkan tahun baru bakal menjelang, jadi kita kena buka buku baru, sudah pasti diari pun baru kan.


Selamat tinggal tahun 2010 
dan selamat datang 2011.

Tapi, penting ke diari? Hurm, bagi princess, sangat2 penting. WAJIB ada! Setiap hari dan setiap saat itu adalah berharga dan semuanya perlu dicatat sebab bimbang kalau2 terlupa. Hari2 yang bakal kita lalui takkan sama dengan hari2 yang mendatang. Masing2 membawa cerita dan kenangan yang berbeza. Masa kecik2 dulu, selalu je terfikir, kalau suatu hari nanti kita hilang ingatan, mungkin diari yang kita tulis ni boleh membantu. Rasa-rasa boleh membantu tak? Mungkin boleh kot walaupun probability dia sangat sedikit. 

Princess update setiap masa ke? Hehehe. Tipu sangatlah lau update tiap2 masa. Kalau ada masa yang terluang, diari akan di'update' setiap hari. Sekiranya tak sempat, selang beberapa hari jugaklah, kalau tidak pun seminggu sekali. Hehehe. Selain diari, satu benda lagi yang WAJIB ada...iaitu planner ;) Jadual bulanan. Princess punya monthly planner bersaiz A4 dan akan dibawa ke mana sahaja. [Especially bila waktu kuliah la] Senang nak bawa sebab boleh selit dalam fail. Bila pensyarah nak buat test atau kuiz, bolehlah terus catatkan tarikhnya. Tarikh-tarikh penting seperti mesyuarat, ujian, perjumpaan, dan dating pun boleh terus dicatat. Jadi setiausaha untuk diri sendiri la pulak ;) Senangkan? Jadi, takde lah terlupa. Maklumlah, macam-macam nak kena fikir. Bila dah ter'overload' tu, mulalah terlupa semuanya. Gelabah punya pasal.

Sebab-sebab perlu ada diari versi Princess:

1. Boleh catatkan saat2 yang berharga
2. Hilangkan stress
3. Sangat2 setia. Boleh luahkan apa sahaja tanpa sebarang komen sebab diari ibarat pendengar setia & tidak akan mengkritik.
4. Orang lain tidak akan tahu apa yang diluahkan.
5. Menghabiskan masa yang terluang atau dikala kebosanan yang teramat.
6. Peneman dikala kesunyian. Pabila semua orang terlalu sibuk dan tak sempat mendengar luahan hati ini.

Sejak bila ada diari? Dah lupa laa..erm, sejak kecik kot. Sejak sekolah rendah lagi. Abah yang galakkan sebab abah pun ada diari tersendiri. Terharu sangat2 bila abah tunjukkan diari yang dia tulis sewaktu princess masih kecik. Setiap hari di'update' dengan kisah2 menarik. Nak nangis bila baca.. T__T 

Farahah jatuh buaian.
(princess la tu :p)
Dah mula melangkah.
Kembung perut, menangis seharian.
Tumbuh gigi susu.
Demam, bawa pergi klinik.

Macam-macam lagi..tu je yang dapat ingat. 
Terharunya~~ Terima kasih Abah. Sayang Abah sangat2.
Nanti princess pun nak tuliskan jugak untuk anak2. hehehe~

Kejap2, mesti ada di antara kamu yang tak suka diari kan? Kenapa ya?
Mesti sebab kena menulis panjang2, bercerita secara lanjut, every detail of every scene kan? Sebenarnya, tidaklah sekritikal itu. It's not that complicated. Princess pun tak sanggup nak menulis macam karangan bahasa melayu tu. Cara yang paling best bagi princess ialah dengan melukis...[walaupun lukisan princess sangat2lah buruk]. Lukislah gambar2 berkaitan yang membawa makna tersendiri ataupun simbol2 yang menarik. 

Sebagai contoh:

Hari ni pergi membeli-belah. Beli baju/dress baru.
Jadi, bolehlah lukiskan gambar shopping beg, baju..

Hari ni sambut hari lahir:
Lukiskan gambar kek, haidah..biar nampak macam party sket.

Esok raya:
Gambar ketupat, lemang..dll.

Boleh juga lukiskan emosi macam yang selalu kita nampak kat icon smiley tu..
Hari ni kena marah teruk---->  T______T, ;(  :((
senyum, sedih, marah, teruja,..mcm2 lagi la.


Diari princess unik sikit sebab takde jual dekat mana2 kedai. Special edition taw. Kenapa?? Mana tidaknya, sebab buat sendiri. My handmade taw. Dulu selalu je beli..kalau tak pun, abah dan kakak2 tercinta akan hadiahkan.. Sekarang ni dah tak perlu bersusah-payah nak beli diari sebab boleh buat sendiri. Bila buat sendiri, makin bersemangat nak tulis tiap2 hari. Kalau tak tulis, rasa bersalah pulak sebab penat2 je buat tapi tak tulis apa2. Selain itu, kita boleh hiaskan mengikut citarasa tersendiri. Mula dari muka depan sehinggalah kepada isi dalamnya. Boleh tampal2 pelekat, gunting2 buat macam2 bentuk, tampal gambar2 kenangan----> Menarikkan? Lebih kepada buku skrap yang berwarna-warni :) Nanti, takde lah bosan sangat sekiranya nak review semula hasil tulisan diari kita tu.

I've my own collections of diary.

Sekarang ni, princess dalam proses nak menyiapkan DIARI 2011 ;)
Tema tahun ni penuh berwarna-warni. Barulah ceria dan bersemangat untuk tempuhi tahun baru ni. 
Tinggal nak touch up aje lagi. Tak cantik pun sebenarnya. Nilai tu yang penting bagi princess.

Ok, kepada sesiapa yang memiliki diari, selamat menulis ya! Teruskan usaha merakamkan saat2 indah dalam diari anda. Dan kepada sesiapa yang belum pernah mempunyai diari, bolehlah sekiranya ingin mencuba. Masih belum terlambat. :) Tidak rugi sebenarnya. Selamat mencuba ya!

Ya, sekarang ni dah moden. Ada blog. Kalau nak privacy, boleh terus privatekan blog kita kan..
Terpulang kepada kreativiti dan keselesaan masing2.
Sama ada nak menulis di atas kertas ataupun menaip di komputer ;)

Dah berceloteh panjang lebar pulak ni. Ok2, masa untuk cuba lelapkan mata.
Selamat malam semua. Terima kasih sudi singgah & baca. 
Salam~



December 27, 2010

:: Header yg tak tomey :( ::

Salam.

Sebab terlampau bosan sangat2 hari ni, princess amek masa yang terluang untuk buat header baru blog ni. Kebosanan yang teramat. So, terhasil la header yang tak cantik tu.

Tema: Hitam + Putih + Merah Jambu
(nak matchkan dengan layout kat belakang tu)

Sebelum ni punya :)
 ******
******
******
******
******
******
****************
***********
******
***
*

Sekarang ni ;)

hehehe~
dua-dua pun tak cantik, kan?.
tapi tak kesahla..
i love it sebab SIMPLE je;)


p/s: Princess sekarang tengah usha n mencari blogger yang bergelar guru dan bakal guru. 
Ada sesuatu nak dilakukan ni. 
Kenapa?? 
Sebab...Princess pun memegang gelaran tersebut ;)

:: Award The Best Follower ;) from Aimi Razman::

Award untuk princess lagi ;) Sangat-sangat teruja ni =D
thanks a lot dear..




 Ucapan anda:
Terima kasih sangat2 kat Sis Aimi Razman yg sgt2 sweet ni :)
tak bodek ni, btol taw..lau tak caya..jom jenguk dia kat SINI.

Berikan 4 ciri gurl/boy idaman untk dijadikan wife/husband:
Beriman
Memahami
Jujur
Bertanggungjawab

 Berikan satu tips untuk kekalkan relationship korang dgn partner korang.
Saling memahami

 Pernah anda jumpa doa perdekat jodoh & putus cinta ?
Pernah

 Letakkan 10 link pilihan anda & tell them that they have won this award.
masa untuk kasi award kat follower bertuah ;)


congrats to all ;)

December 26, 2010

::Maaf...tak dapat diselamatkan..::

Salam semua.

Hurm, da dua hari tak update entri. Sibuk sangat dengan macam2 aktiviti.

 24 Disember, kat rumah ada buat kenduri arwah & tahlil sket untuk disampaikan kepada  arwah atok & nenek kami dan juga kenduri doa selamat sempena kak ngah nak kena operate bulan depan.

25 Disember plak, teramatlah sibuk mengemas rumah, susun pinggan mangkuk, susun atur perabot.. [mana taknya, beberapa ruang terpaksa dikosongkan untuk orang datang solat]. Makanan tak dihidangkan secara buffet tetapi secara hidangan berkumpulan. Jadi, kena la bekerja lebih sket. Lepas majlis, ramai yang terus balik sebab da lewat sangat dah, so yang tinggal kat rumah ni kenalah kemas semua sisa-sisa yang ada. :D Ikhlas membantu ni sampai sakit2 pinggang dan belakang.

26 Disember, hurm..belum tahu nak buat apa hari ni..kemas baju kot..next week dah nak balik maktab. ;( Sedihnya..sob3..walaupun kebosanan duduk kat rumah, still pilih untuk duduk kat rumah juga. Selesa & ada privacy. 



Haa, semalam ada berita buruk...sangat2 sedih.. ;(

Maaf, tak dapat diselamatkan..

Aduh, sakitnya mendengar ayat tu..cdey tol..huk3.
hehe~ ayat tu merujuk kepada my handphone..
Adehh, hari tu rosak, lepas tu terus hantar kedai..
orang tu cakap dah tak bolah buat apa2.
Kalau nak baiki juga, mahal nak kena bayar.
Jadi baik beli baru, kan?
Beli baru? belum ada bajet la...huhuhu~
Tahun baru, sem baru,..banyak nak guna duit.
Elaun lambat lagi masuk. Tengah2 sem biasanya.

Waa, siapa yang baik hati nak kasi hadiah handphone kat princess ni? uwaaa... 
[takkan pernah ada. So, jangan perasan].

Ok, sampai sini sahaja. Nak jalankan misi mengemas pulak sekarang ni. ;)



December 23, 2010

::Dear, we are BEAUTIFUL ;) ::


Beautiful person is the ONE with beautiful heart. 
YOU & I are beautiful... 
No difference..because we are the same thing
share the same beauty of Islam... 
We are all beautiful because we are Muslims
Beautiful by the way of Islam see us. 
Beautiful by the way of Islam shape us. 
Beautiful in a way Allah and His messenger wants us to become to. 
InsyaAllah :)




p/s: You're amazing just the way you are ;)


::Survey :) ::

Salam.

Okeyh, princess nak isi masa petang ni dengan menjawab soalan survey oleh salah seorang blogger di Malaysia ini. Nak tahu dengan lebih lanjut, klik SINI ya. ;)


Untuk jawab soalan2 survey tu, ada syarat2nya pulak.


Syaratnya2 adalah seperti dibawah :-

1) Hanya terbuka kepada yg memiliki blog sahaja dan warganegara Malaysiasahaja.
2) Terbuka kepada semua jantina, keturunan, bahasa dan juga jenis blog yg anda miliki.
3) Hanya 1 servay yg boleh dijawab untuk setiap 1 blog.
4) Tak perlu jadi follower blog Mah@mahu.
5) Tak perlu Tag kawan2 blog anda.


Ok, masa untuk menjawab soalan da tiba. [kena jawab dengan jujur ni ;D]

1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
    Sony Ericsson
   
2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
     Acer
  
3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
    Sony
    
4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
    Celcom
   
5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
     Adidas
  
6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
     KFC
   
7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
    Giant
  
8)  Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
    a) HotFM
   
9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
      TV3
    
10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
     Burberrys
    
11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?
     Remaja
     

Pesanan penaja:
 Anda hanya boleh pilih 1 jawapan sahaja untuk setiap soalan. Selamat menjawab kepada blogger2 semua dan terima kasih kerana sudi menjayakan servay ini. Semoga di masa akan dtg kita lebih bekerjasama dan maju jaya. 

Di harapkan dapat diwar-warkan kepada semua rakan2 blogger yg lain hanya untuk blogger sahaja.


::Pencarian Blogger Peramah 2011::


Mula-mula sekali Princess nak ucapkan jutaan terima kasih buat Nana sebab sudi tag princess sebagai blogger yang peramah. Thanks a lot. Sangat-sangat terharu ni. Really appreciate it dear.


Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalamlist blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.

Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini >http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
Tahniah, anda seorang blogger yang peramah! (:

P/s: Penyertaan akan ditutup selepas ahsfantasy24 mengumpul sebanyak 108 blog blogger peramah. Sesiapa yang terlepas untuk menyertai team blogger peramah musim ini di http://bloggerperamah.blogspot.com/, sila nantikan pembubarannya 6 bulan akan datang. Jika ada blogger yang sombong, sila laporkan ya.^^,


So, di sini Princess nak tag beberapa kenalan blogger yang peramah:


Sebenarnya ramai lagi yang peramah, cuma yang ni sahaja sempat ditag ;)


December 22, 2010

::'P' yang amat bermakna ;D::


Alhamdulillah, hari ni baru je lulus ujian memandu @ JPJ.
Dah berjaya memiliki lesen 'P'..
yess2,..hehehe~
maaf terlampau gembira.;p
Orang lain dah lama ambik, 
kita je baru sibuk2 dapat lesen.
Lesen percubaan je pun, bukan lesen profesional lagi.
Takpelah, sekurang2nya ada usaha nak bawa kereta dengan lesen, 
tidak lagi merempit meronda secara haram..ngeee~~

Inilah 'P' yang sangat bermakna tu. lau takde menda ni, x ley nak drive jauh2. Takot.hehe~

Sudah seharian kepenatan menunggu giliran untuk diuji,
kini tiba masanya untuk tidur rehat.
Kebelakangan ni princess kurang sihat.
Sejak bermulanya cuti sem kali ni,
ada sahaja yang tak kena.
Sakit itulah, sakit inilah.

At last, hari ni baru berkesempatan nak pergi jumpa doktor.
huhuhu~
Baru je balik dari klinik ni.
Tu pun mak yang temankan.
Tak malunya ;))
 Dah lama mak ajak, tapi ada2 saje alasannya..
hak3..
Tadi pun kena paksa..


Mula2 tu,
dengar orang ketuk pintu bilik...
knock3x!!

Princess dari dalam lak menjerit,


       Nape mak??
             Keluar kejap..cepat sikit.
      Kenapa?
            Keluar ajela...
      Okeyh, kejap2.

Bila pintu terbuka je,


              Hah, cepat pakai tudung, bersiap cepat..
      Nak pergi mana lak tiba2 je ni. Kelam-kabut lak tu..
            Ikut je cepat. Jangan lupa bawak IC sekali.

(Eh, apsal plak kena bawak kad pengenalan. Sebelum ni tak pernah pulak pesan suruh bawak kalau nak lekuar rumah)

        Ok..(menurut perintah.)
                Cepat!! Kakak dah tunggu kat dalam kereta tu.Jom. Sekarang!
       Ok..ok..

Nah,...dah sampai dalam kereta.


        Nak pegi mana ni kak ngah??
              Bukan ke mak cakap nak pegi klinik tadi?

(Toink.toink.adehh..gtau ajelah tadi. Tak payah nak surprise2 macam ni..PASRAH, dah takde jalan keluar. KU AKUR..tibalah di sebuah klinik yang paling dekat dengan rumah..hehehe~)


Lepas 30 minit, taraa...

Dah sampai rumah balik. Kejap je pun. Bukan susah sangat pergi klinik tu. Princess dapat 3 jenis ubat. Tu pun ade tertinggal lagi satu kat klinik tadi. Jap ag nak pergi amek balik.

Mak dah warning awal2 lagi,


             Ubat tu kena & WAJIB habis, kalau tak...
                 [Argh..diugutkah?? Mak tak sempat habiskan ayat dia..paham2 sendiri la..]

      Ok.Ok. Baik Mak!! hehehe~ Nak, tak nak...Akan kuhabiskan jua ubat-ubat ini.

Okeyla.. sampai di sini sahaja entri kali ni. Nak kena rest. Tak boleh nak blogwalking lagi. Tak larat. Doakan princess cepat sembuh ya! Nak jumpa korang lagi nanti. Till then, salam. :)



p/s: Kepada yang kurang sihat tu, cepat2lah ke klinik. Nanti melarat pulak. Tak susah pun pergi klinik tu. Jumpa doktor and then dapatlah ubat. [opps, pandai plak nak nasihatkan orang,.diri sendiri pun kena paksa jugak..] Janganlah kena paksa macam princess ni. Hehe. Kemanjaan terserlahh. ;)



::Apapun Yang Terjadi, Berjalanlah Tanpa Henti::

 Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat,..setiap hembusan nafas, tidak pernah sepi tanpa ujian. Ujian yang datangnya dari Yang Maha Esa. Kadang2, pernah sesekali mengeluh. [ Ampunkan aku Ya Allah, sesungguhnya aku tidak sedar akan hikmah disebaliknya]. Sesekali juga hampir tersungkur dek terasa lemah untuk memikul segala ujian itu.

**************************************************
Nasihat dari seorang kawan,

Tuhan takkan menguji kita melainkan Dia tahu bahawa kita mampu mengatasinya.

*************************************************

Kata-kata itu menguatkan diri ini menempuhi segala cabaran dan dugaan. Tambah2 lagi untuk menghadapi tahun baru 2011 yang belum diketahui apa cabarannya. Sudah pasti lagi hebat, kan?

Setiap ujian dan dugaan yang dikurnia merupakan tanda kasih dan cinta-Nya kepada hamba2-Nya. 
Mereka diuji agar mereka sedar kewujudan-Nya di atas sana,
juga diuji agar mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan,
diuji agar mereka sedar bahawa mereka adalah manusia yang bertuah. Masih ramai lagi yang berada dalam kesempitan & kesesatan di luar sana. Bersyukur kerana diberi kesedaran untuk sentiasa mengingati-Nya bukan sahaja di waktu senang malah pada waktu kesusahan juga. :)

Ada macam-macam bentuk ujian. Semuanya berbeza. Terpulang pada kita bagaimana nak mengatasinya.
Yang penting, jangan mengeluh 
dan jangan mengalah
Berusaha dan bertahan selagi terdaya.


Sentiasa tersenyum ^_^ jalan terbaik.

Jangan memohon untuk diringankan ujian, tetapi memohanlah untuk diberi kekuatuan oleh-Nya. 
InsyaAllah diberi kemudahan.

::Andai Lelaki Tahu::


Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan
Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi
Andainya lelaki tahu
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh
Kerana andainya lelaki tahu
Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah
Credit to Mentari Hidup

December 21, 2010

::Join URL Story Contest::

Salam semua.
Ok, hari ni teringin sangat nak join satu contest ni:
Your URL Story Contest
yang dianjurkan oleh Cik Amirah Izzati.
Nak tau lebih lanjut,
klik sahaja kat banner di bawah ye :)

Nak join contest ni, kenalah mematuhi syarat2nya.

1. Buatkan satu entri untuk contest ni dan letak link & banner dia sekali.


2. Ceritakan mengenai URL anda. Macam mana URL ni mendapat nama/ dipilih suatu ketika dahulu. hehehe~

Okeyh,
suatu ketika dahulu
[cewah, macam dah lama sangat dah]
Princess dah pernah ceritakan mengenai kenapa princess punya URL pelik dan panjang2 macam yang kamu semua tengok ni:

iamyourprincess5050.blogspot.com

Di sini, sekali lagi princess nak ceritakan bagaimana URL ni dipilih demi join contest ni. Menang atau kalah sudah menjadi adat pertandingan. Tak salah mencuba, kan? Sekadar mengisi masa yang terluang. ;)
Princess copy and paste aje dari entri yang lepas aje k. 


Firstly, kenapa mesti letak princess :___________________________

1. Lambang seorang perempuan
[takkan nak letak Prince lak kan..hehe]
2. Sebab dlu2 brangan nk jd princess kot ;p

3. sbb mcm comey jew..hakikatnya diri ni amt x comey

4. I'm one of  my mom + dad princesses

5. Luv gurl things  <3  
feminin kew??hurm

6. Princess of Allah 
~insyaAllah  

7. Love fairy tales
sbb hdup ni tak ubah mmg mcm fairytales..
8. Hurm, ade satu ag sbb terbesar,..
...yess my life is just like a princess before..
living in the castle, full protection...
know nothing about life out there..
cant hang out with friends..
'terpenjara' dlm istana sndri
Just like Rapunzel.. 
terkurung & ditinggalkan di menara tu...
waiting for d prince to save me..ngee3.. 
Skg da kuar dri castle tu kew???
not yet, cuma jauh dri bodyguard kowt ;p
.paparazzi..mamarazzi..*sigh..huh



secondly, 'i am your PRINCESSlak, ___________________________


i wanna be your princess,
mknanya nak jd sumbody dlm hdup kamu smua..
a friend mybe,or best friend kew..
tak kira lah special @ tak..
yg penting,
sy nak wujud dlm hdup seseorang,
dan
buat org tu tersenyum & bahagia ;)
juga tmpat mluahkan prasaan + masalah..
insyaAllah,.
at least sy akn cuba ada utk kamu..


and lastly, '5050'______________________________________________________________________________

~ secret number kowt..oppss terckp lak..;p

~ princess 50-50 --->  me? just a fake princess =(

~ i'm your princess, but 50-50...
not really yours..
dan jugak bukan utk sspe...
sbb sy bkn sspe utk jd hak sspe..huhu~
_______________________________________________________________




3. Kena tag 2 orang bertuah untuk join contest menarik ni!! Ok ;) Senang aje.
Lebih pun takpe kan? Saja nak tolong hilangkan kebosanan di masa cuti.
Jomlah join sama2!!



Best of luck dear ^_^


::Nak Dapat Baby Baru::

Yes2, betul la tu.
Tapi bukan princess la.hehehe.
Tapi Kak Ngah Princess.
Pertama kali nak ucap syukur pada Tuhan,
Alhamdulillah.
Pada 19 Januari 2011,
Princess bakal mendapat anak buah yang ke-12!! 
Dalam masa kurang dari sebulan sahaja lagi. 
Amat-amat tak sabar. 
Maklumlah, dah lama tak pegang baby. 
Anak buah yang last sekali hari tu pun tahun 2004. 
Dah lama sangat dah.

Mesti pelikkan sebab dah tau tarikhnya..
Ini disebabkan Kak Ngah terpaksa melalui caesarian operation.
Sebelum ni dah 2 kali buat operation.
So, kali ni doktor nasihatkan untuk buat operation jugak sebab bimbang berlakunya komplikasi lain seperti burst sebelum sampai waktunya. Operation ni diawalkan selama 2 minggu sebelum tarikh jangka yang sebenar.


Sambil2 tu, princess cuba googling gambar baby.
[googling?? wujudkah??hehe..xpela. Nak tambah dalam kamus sendiri]
Wah, semuanya comel2 belaka.
Makin teruja & tak sabar dah ni.
[sorry for being too excited, more than d baby's mom.. I'm just too happy]
.
Boy or Girl??
Hurm, masih belum diketahui.
Dah scan, tapi masih tak nampak jugak.
Alasannya, baby terlalu aktif.
hehehe~
Tak kisahlah, surprise sket kalau belum taw ape2.
Mungkin baby boy kowt.
InsyaAllah la~
Banyak beli barang baby warna biru ni.
Biru = mestilah untuk lelaki kan??

Doakan semuanya berjalan lancar, dan kedua-duanya selamat.
Princess sayang dua-dua sekali.
InsyaAllah. Semoga Allah melindungi mereka.
Doakan semuanya selamat ya ;)

Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah.

December 20, 2010

::Friendship Award, Thanks Cik Yana::

Lagi,
Princess dapat award dari Cik Yana yg sweet ;)
hehe, dye cakap, lau nak bleyh la amek,
so, dgn tak malunya princess da pun amek.
thnks dear..


Okey, sekarang ni tiba giliran princess lak nak kasi award ni kat orang laen pulak,
boleh kongsi sama-sama.
Ok, kepada semua follower blog princess ni,
sila ambil award di atas ya.
Ikhlas dari princess untuk korang semua.
Jangan tak ambil taw ;)

Thanks.
.

::25 Things About Me::

Salam.
Okeyh, sekarang masa untuk dedahkan rahsia..hoho
Princess kne tag dengan Puteri Ketenangan yg cute ;)
25 perkara mengenai diri anda! 
@ 25 Things About Me ;)
Bangun2 pagi je dah kne tag..

But before that, there's sumthing that i need to follow..

the rule ;)

-----------------------------------R.U.L.E--------------------------------
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you."
-------------------------------------------------------------------------------

Hoyeah, 
Time to reveal my secret..
need to be honest, kah?? Ok2, i try.

hurm, where should i start first...

____________________________________________
1. Name,
hurm..my name is..
SECRET~ ;p
ok2, disebabkan ada yg bertanya
princess akan gtau jgk..
kat sini je, k..
i'm Engku Farahah :)
____________________________________________
2.nickname..
Princess5050..
dalam ruangan maya ni jew,
kat rumah laen plak ;)
____________________________________________
3. Dilahirkan pd 11 Dec 1990,
jadi bpe ea umoq sekarang? hehe~
____________________________________________
4. Love pink
____________________________________________
5. and i live in a pink bedroom ;p
tu pun nk ckp kew..
____________________________________________
6. A teacher-to-be, insyaAllah.
____________________________________________
7. Major in Math ;)
____________________________________________
8. I'm the youngest in my family
____________________________________________
9. An aunty to 11th niece&nephew
____________________________________________
10. I cant swim.
____________________________________________
11. I love music.
____________________________________________
12. Good in making choc cakes ;)
wah, perasan..xdela la. biasa2 saje.
____________________________________________
13.Not really active in sport 
tapi pernah jdi gymnast, 4 long tyme ago ;)
now, da bersara da pown..ki3
___________________________________________
14. Not interested with football/soccers
but i do play futsal.
___________________________________________
15. Active in dancing,
traditional Malay dance only..
but, for now, not really..
___________________________________________
16. I hate frog & spider
but i love Spiderman..ngee~~
____________________________________________
17. Love arts, crafting~
____________________________________________
18. I have my own diary for every single year.
it's a must!
____________________________________________
19.Easy to fall asleep ;p
____________________________________________
20.Love pen & papers.
____________________________________________
21.I love snapping pictures, 
but i hate to be the subject.
i'm not that photogenic..
____________________________________________
22. Crazy to have DSLR camera..one day maybe.
____________________________________________
23. I love my family & friends soo much.
____________________________________________
24. Love shopping <3
i wanna have my own shoes collection
____________________________________________
25. and I love you, my readers.
____________________________________________

that's a lil bit about me..
fuhh, lega..penat tahan nafas nak tulis..

and for now, it's time for me to tag somebody out there.
hehhehe~
If i tag you, it's because i want to know more about you ;)
be honest ya,
happy answering!!

p/s: sesiapa yg da pernah kne tag 25 Things About Me ni, just ignore k.