September 14, 2009

Khas buatmu KAUM HAWA,.

HAWA

Hawa,
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau sudah menjadi ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
Memperjuangkan ad-Din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, usah risau jodohmu,
Ingatlah janji tuhan bahawa wanita yang baik untukn lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki bukan muhrim
Kerana dikhuatiri
Dari mata jatuh ke hati,
Maka lahirlah senyuman,
Tercetuslah salam sekaligus disusuli pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai
Nauzubillah!!

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
Peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu,
Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu,
Cukuplah hanya dengan cinta Allah yang memenuhi kekosongan jiwamu,
Biarlah cinta ibu bapamu memberi hangat kebahagiaanmu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga membahagiakanmu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh
Cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa selain
daripada cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggongcang dunia juga akan menggoncangkan iman lelaki.

Wallahua’lam.
*Semoga article ini dapat menjadi pedoman & panduan buat smua muslimah :)

September 9, 2009

friendship never end~

my lovely Athin,
study hard + smart
^__^
mic ya ;p
~rndu kt matric lor ;(

Surat untuk Adam

Surat Untuk Adam

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.


Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?
Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam…


*ini diambil dari blog rakanku,.untuk dikongsi bersama ngn tman2 lain. Smoga m'dpt manfaat darinya. InsyaAllah..
My life in ......
around d admin building


wif Teacher Yaya~



with my classmates; yaya & mira =)
*hope d five of us will be friends forever
.farahah.fakhirah.amirah.alifah.rabiatuladawiyah.
and
hope wil be d great teachers sOon
insyaAllah

Ku bernafas dengan cintaMu


MencintaiMu
memberikanku keyakinan
untuk tetap bertahan
Aku tak merasa hina
bila aku harus mengalah,,

MenncintaiMu
tak membutakan hatiku
tak membuat aku lupa dimana harus berpijak
walau terkadang kujatuh
namun hatiku percaya
Kau akan selalu ada menjagaku

Sungguhku berucap di setiap doa
Agar Engkau selalu bernafas
dengan cintaMu kepadaku
seperti jantungku yang berdegup
menjaga cintaku kepadaMu,,..

Dedicated to all my friends, ^__^



A friendly voice I like to hear
at any time of day,
An understanding ear
when there are things
I need to say...
It's all that I could ever need,
all that a friend could be,
The bond we share
is such very
special thing to me
YOuR fRiendSHiP iS sPeCiAL tO mE
It's a handoutstretch in kindness
whenever I'm in need
A gentle word of comfort
or a thoughtful little dead...
Someone to sharethe bad times with
and enjoy good times too,
someone to support my dreams
and help me see them through..

Dedicated to all my friends,..
I luv u all^__^
Single or Couple, which 1 is better?

Single is better b'cuz,..
1. independent
2. just think about our own self while doing things
3. free to hang out with anybody
4. no need to be responsible to anybody
5.
6.

Couple is better b'cuz,
1. there is sumbody that love us;
2. care bout us;
3. thinking bout us,
4. feel safe
5.
6.

Arghh,,.
Which 1 ea?
O_o
Taraaa…
and I already have da answer
for this qStion,
I choose: _ _ _ _ _ _

Hurm,
what do u all prefer?
Single or couple?
and why?

Once upon a time...

2 July 2009

Today is the sixth day since i've been in UiTM Kampus Puncak Alam. Pagi td ada amanat Naib Canselor universiti di bacakan oleh PNC, penolong naib canselor.kitorg for da 1st tyme kne pakai bju batik UiTM,kaler hijau.n 1 more thing, kampus kami menerima kedatangan siswa n siswi from Puncak Perdana oleh kerana kami berkongsi pengarah yg sama. Hurm, skg tgh rehat...hari ni bru berkesempatan nk bukak laptop n write sumthing..

Now, diri ini da bergelar seorang mahasiswa, siswi UiTM. Congratulations!!! HAri pertama tiba di kampus ni,..argh..u know what, kitorg sesat dari Bangi ke Puncak Alam sehingga memakan masa lbh dari dua jam.ish3.. pening gler kt atas kreta.nsib baek tak termuntah kt situ trus..On da journey..kiri n kanan penuh n bukit bukau, tasik, kelapa sawit, perumahan yg akan di bangunkan n macam2 lg la.hurm,..hati ni rasa berat jew,krn kemungkinan besar aku sekali lagi di tempat di kawasan hutan n terpencil mcm kt matrik dlu.aaaa...tak nak!!!jauh dari bandar. Tapi bila masuk je kawasan kampus..waaahhh, kagum, terpegun, terkelu, sume la..cantik, reka bentuk bangunan dia pun nmpk mcm kotak2..kotak2 tu sebenarnya bilik kuliah kami. Sebaik shja melepasi pintu pagar utama, aku da bley nmpak bangunan2 kaler orange n coklat di atas bukit sna. daripada ape yg aku tau melalui gmbar dari internet, salah satu bangunan2 tu mungkin jd kolej kediaman aku..n that's right, sebaik shja tiba n mendaftar di Dewan Makan Kolej Rafflesia, aku diberikan kunci apartment..
Aku telah ditempatkan di Kolej Kediaman Rafflesia 2...no.bilik R 1408/C6. n my new roOmate was from Johor, Noraziemah...can call her Azie. 1 rumah ada 8 org org.kami ditempatkan 2 org utk 1 bilik..Salwa pun ada kt sni jgk n secara kebetulannya dia 1 rmh ngn aku. hu3. Alhamdulillah, ada jgk knalan lame kt sni.wlaupun sorg jew, at least ada jgk. Sehingga ke hari ni, kami rakan2 serumah blum sepenuhnya mengenali antara 1 sama laen,..biasa la, minggu orientasi sume bz handle hal msg2. blm berkesempatan la nk btul2 mngenali ahli2 rmh. it's ok.ktorg plan hujung mggu ni utk berkumpul rmai2 n discuss mcm mne nk handle rmh baru kami ni.

Hurm, 2 hari lpas, for da 1st tyme jgk sume mahasiswa di bawa melawat kawasan kampus..campus tour...mmg teruja sgt2.kami difahamkan, kami akan menuruni 218 anak tgga untuk sampai ke kawasan fakulti..ala2 tangga batu caves gtu. kami di berikan penerangan mengenai tmpt2 yg bakal kami gunakan spanjang berada di sini..fakulti2, dwan kuliah, makmal, kafe, PTAR. PTAR?? itu adalah singkatan bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak..perpustakaan tergantung...tergantung ke??x pown.tp nmpk mcm tu..utk kmbali smula ke kolej kdiaman,kami terpksa mndaki 218 anak tgga tu utk sampai ke puncak.tiada kenderaan disediakan utk balik smula ke kolej kecuali dgn mndaki ank2 tgga yg banyak gler tu. Arghh..kali pertama ni mmg pnat gler2...woo x ckup nafas.hope lpas2 ni da x semput.msih x dpt bayangkan. mcm mne ek, nk kne naek tgga2 ni slma 4 thun. utk 1 sem ni pun blum tentu tahan..chaiyok2!! i can do it n everybody can do it!! fighting. mau slim aku tyme graduate nti.ha3..

The next day, hari bersama dekan fakulti, my faculty, Health Science…